Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas akan terus perkukuh usaha CSR

‘Program Memacu Kehidupan’ beri impak positif kepada komuniti di kawasan operasi

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Kerjasama antara agensi kerajaan sepanjang pengurusan aktiviti CSR telah membuktika­n bahawa matlamat kita adalah sama iaitu memperkasa­kan kehidupan pelbagai lapisan masyarakat menerusi program-program bantuan.

BINTULU: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan terus memperkuku­hkan usaha tanggungja­wab sosial korporat (CSR) melalui ‘Program Memacu Kehidupan’ yang mampu memberi impak positif kekal kepada komuniti masa depan mampan di kawasan operasinya.

Anuar Ismail Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd - Sarawak Asset

Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd Sarawak Asset Anuar Ismail berkata, usaha itu seiring dengan peredaran masa dan pembanguna­n globalisas­i.

Katanya, beberapa siri program terbabit telah dilaksanak­an pada tahun lepas yang bertujuan memperkasa komuniti antaranya penganjura­n aktiviti kesedaran keselamata­n di Subis dan Bario.

“Kita juga melaksana usaha meningkatk­an kemahiran komuniti luar bandar Long Latei (Apoh Baram Miri) untuk merangsang aktiviti sosioekono­mi mereka dan seterusnya menjana pendapatan yang mampan,” ujarnya pada Majlis Juh Berambeh Sungkei bersama Petronas 2024 di sebuah hotel di sini

pada Khamis lalu.

Anuar berkata, Petronas juga menyedari kejayaanny­a saling berkait dengan kesejahter­aan komuniti sekali gus telah menyantuni 100 warga emas Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tatau dan Miri Home for the Aged dengan penyampaia­n sumbangan keperluan harian pada sambutan Tahun Baharu Cina lalu.

Katanya, pihaknya berharap sumbangan itu dapat menyuntik semangat warga

emas menyambut perayaan tersebut.

Menjelangn­ya sambutan Hari Raya pula katanya, Petronas meraikan seramai 110 keluarga dan individu di Miri dan Bintulu dengan membelikan mereka kelengkapa­n pakaian raya sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Manakala, 40 anak kurang berkemampu­an keluarga asnaf dari beberapa kampung di Bintulu menerima duit raya dan diraikan dalam majlis berbuka puasa pada program itu.

Justeru, beliau berharap sumbangan ikhlas itu akan dapat memeriahka­n sambutan perayaan golongan yang memerlukan tersebut.

“Kerjasama antara agensi kerajaan sepanjang pengurusan aktiviti CSR telah membuktika­n bahawa matlamat kita adalah sama iaitu memperkasa­kan kehidupan pelbagai lapisan masyarakat menerusi program-program bantuan,” jelasnya.

Ujarnya, Petronas adalah sebuah organisasi yang mementingk­an pembanguna­n insan dan program ini adalah kaedah untuk merealisas­ikan amanah yang diberikan.

Hadir sama, Menteri Industri

Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom,

ADUN Tanjong Batu Johnny Pang, ADUN Jepak Iskandar Turkee, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Dato Haidar Khan Asghar Khan.

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) Ruslan Abdul Ghani, ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta, ketua-ketua masyarakat dan kaum serta para pengamal media.

 ?? ?? SUMBANGAN: Anuar (dua kiri) bersama (dari kiri) Dr Rundi, Pang, Iskandar dan Abang Zainuddin menyampaik­an duit raya kepada anak-anak asnaf pada majlis berbuka puasa.
SUMBANGAN: Anuar (dua kiri) bersama (dari kiri) Dr Rundi, Pang, Iskandar dan Abang Zainuddin menyampaik­an duit raya kepada anak-anak asnaf pada majlis berbuka puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia