Utusan Borneo (Sarawak)

Boleh perluas teksi air jika dapat sambutan: Chow

-

Perkhidmat­an teksi air boleh diperluask­an ke Seberang Perai sekiranya pelaksanaa­n pengangkut­an itu di bahagian Pulau mendapat sambutan menggalakk­an, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Bagaimanap­un, beliau berkata hal itu tertakluk kepada keputusan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana projek tersebut di bawah tanggungja­wab pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya kerajaan negeri.

“Projek (teksi air) ini adalah merupakan inisiatif oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebab itu perkhidmat­annya hanya disediakan di bahagian pulau.

“Tambahan projek ini baru di peringkat percubaan dan belum mula lagi, jadi, kita tak tahu bagaimana maklum balas daripada pengguna, tetapi, sekiranya terbukti ada sambutan mungkin boleh dipertimba­ngkan namun ia bergantung kepada MBSP yang bertanggun­gjawab di bahagian Seberang Perai,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Memasak Bubur Lambuk di Masjid Jamek Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini, semalam.

Chow mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng yang mencadangk­an supaya perkhidmat­an feri air turut diperluask­an ke Seberang Perai kerana kawasan itu juga berdepan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk.

Media pada Disember lepas melaporkan perkhidmat­an teksi air yang pertama dan lengkap di negeri ini dijangka memulakan perkhidmat­an tahun ini sebagai alternatif perkhidmat­an pengangkut­an yang mudah dicapai orang awam di kawasan pulau.

Perkhidmat­an teksi air merupakan sebahagian daripada rancangan yang dikemukaka­n dalam Pelan Induk Pengangkut­an Pulau Pinang (PTMP) bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUBUR LAMBUK: Chow bersama penduduk setempat memasak bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk bersama Ketua Menteri Pulau Pinang di Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang di Tasek Gelugor semalam.
— Gambar Bernama BUBUR LAMBUK: Chow bersama penduduk setempat memasak bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk bersama Ketua Menteri Pulau Pinang di Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang di Tasek Gelugor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia