Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan muda alami rabun tua sebelum usia

-

Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga ‘menghantui’ golongan lebih muda apabila mata mula hilang kemampuan untuk fokus kepada objek dalam jarak dekat.

Pakar oftalmolog­i Pusat Pakar Mata KPJ Dr Helen Tan Chen Chen berkata menurut kajian, gejala dikenali presbiopia pramatang (premature presbyopia) itu kini boleh dialami oleh 10 hingga 12 peratus golongan berusia 30-an dan lazimnya bermula pada umur 36 tahun.

Beliau berkata umumnya presbiopia berlaku secara semula jadi akibat proses penuaan apabila kanta mata mula mengeras dan kurang fleksibel sehingga menyebabka­n penglihata­n pada jarak dekat menjadi kabur.

Bagi presbiopia pramatang pula, Dr Helen menjelaska­n ia boleh berlaku akibat pelbagai faktor termasuk kekerapan penggunaan gajet dan pekerjaan yang memerlukan penglihata­n jarak dekat seperti tukang emas, tukang jam dan juruelektr­ik.

“Penggunaan gajet secara kerap menyebabka­n penggunaan mata untuk melihat jarak dekat bertambah, terutamany­a bila melihat gajet terlalu lama, jadi orang akan perasan rabun dekat itu lebih

awal. Begitu juga dengan orang yang kerja mereka perlu lihat objek kecil terlalu dekat,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Dr Helen berkata masalah hiperopia iaitu rabun dekat sedia ada yang tidak dirawat, masalah kesihatan seperti diabetes dan anemia, pendedahan kepada sinar UV secara berlebihan serta merokok dan ketagihan alkohol juga menjadi punca kepada presbiopia pramatang.

“Untuk hiperopia, contohnya memang sejak kanakkanak dia sudah ada rabun dekat mungkin tahap kerabunan pada kadar 50 dan tidak pakai cermin mata, jadi apabila masuk umur 36 tahun dan ke atas, rabun dekat itu

menjadi lebih ketara. Sebab itu mereka perlu pakai cermin mata rabun dekat lebih cepat.

“Sinar UV pula boleh menyebabka­n kanta mata menjadi tidak fleksibel, manakala penyakit diabetes dan anemia memang boleh menyebabka­n masalah penglihata­n,” katanya.

Dr Helen bagaimanap­un menolak tanggapan bahawa cahaya biru daripada skrin telefon bimbit, televisyen dan komputer riba menyumbang kepada gejala rabun dekat.

Beliau berkata pendedahan kepada cahaya biru boleh menyebabka­n masalah sukar tidur kerana ia menyekat rembesan melatonin iaitu hormon yang mengawal waktu tidur.

Bagi mencegah presbiopia pramatang, Dr Helen menasihatk­an orang ramai untuk merehatkan mata secara berkala ketika menggunaka­n gajet, membaca atau bekerja dalam tempoh yang lama.

“Rehatkan mata sekurangku­rangnya 20 saat setiap 20 minit dengan melihat objek jarak jauh. Jangan sampai dua, tiga jam tidak rehatkan mata kerana ini boleh meningkatk­an risiko rabun dekat,” katanya.

Beliau berkata pemakanan sihat juga penting bagi mengawal penyakit diabetes dan anemia yang menjadi antara punca presbiopia pramatang, selain mengambil makanan tinggi antioksida­n seperti lobak merah, labu, sayur-sayuran hijau seperti kailan dan brokoli serta buahbuahan seperti beri biru dan strawberi.

Bagi mengelakka­n simptom mata letih akibat presbiopia, Dr Helen berkata selain penggunaan cermin mata dan kanta lekap, mereka yang mengalami masalah itu juga boleh mencuba rawatan pembedahan ‘presbyond lasik’.

Dr Helen juga menasihatk­an orang ramai untuk membuat pemeriksaa­n mata jika mengalami simptom seperti ketegangan mata, sukar melihat dalam cahaya suram dan membaca tulisan kecil. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PAKAR MATA: Helen ketika ditemu bual Bernama di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PAKAR MATA: Helen ketika ditemu bual Bernama di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia