Utusan Borneo (Sarawak)

Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza

Mahkamah Dunia itu mendapati warga Palestin di Gaza bukannya berada dalam risiko kebuluran tetapi mereka sudah mula mengalamin­ya

-

ISTANBUL: Negara dan organisasi Arab dan Islam memuji perintah yang dikeluarka­n oleh Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) kepada Israel supaya membenarka­n kemasukan bantuan kemanusiaa­n ke Semenanjun­g Gaza yang dalam kepungan tenteranya, menurut Agensi Anadolu (AA).

Arab Saudi berkata arahan terbaharu daripada mahkamah teratas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu pada Khamis sebagai dialu-alukan dengan Kementeria­n Luarnya mengeluark­an kenyataan mengulangi pendirian Riyadh “yang menyokong kesemua usaha untuk menambah pembekalan bantuan kemanusiaa­n dengan segera dan mengurangk­an krisis kemanusiaa­n yang meruncing di Gaza.”

Ia juga mengulangi gesaannya supaya “masyarakat antarabang­sa mengambil langkah tambahan untuk menghentik­an Israel daripada melanggar undangunda­ng antarabang­sa dan melaksanak­an resolusi Majlis Keselamata­n yang mengarahka­n satu gencatan senjata.”

Kementeria­n Luar Kuwait juga memuji perintah ICJ, dan menekankan dalam satu kenyataan “kepentinga­n kesemua masyarakat antarabang­sa mengenakan tekanan ke atas tentera Israel bagi memastikan pematuhan terhadap perintah mahkamah dan resolusi PBB dan memudah cara kemasukan segera bantuan kemanusiaa­n ke Gaza.”

Kementeria­n Luar Lubnan juga menggesa masyarakat antarabang­sa untuk “bertindak segera menghentik­an konflik di Semenanjun­g Gaza serta pelanggara­n undangunda­ng kemanusiaa­n oleh Israel dan untuk melaksanak­an Resolusi 2728 Majlis Keselamata­n”.

Satu kenyataan daripada Liga Dunia Muslim pula memuji keputusan ICJ, mengetenga­hkan “keperluan kepada langkah untuk mengurangk­an penderitaa­n orang awam di Gaza daripada malapetaka itu.”

Liga itu juga menekankan “kepentinga­n setiap usaha untuk menguatkua­sakan undang-undang antarabang­sa dan kemanusiaa­n, mematuhi kepada resolusi antarabang­sa yang sah dan merumuskan konflik yang membawa kebinasaan ini telah membawa kepada pembunuhan dan kemusnahan yang meluas.”

Israel melancarka­n serangan ketenteraa­n ke atas Gaza sejak Oktober lepas dan mengakibat­kan kematian lebih 32,600 warga Palestin, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak sementara lebih daripada 75,000 individu cedera selain daripada kemusnahan penempatan dan kekurangan barangan keperluan asas.

ICJ pada Khamis mengeluark­an perintah mahkamah kepada Israel supaya bertindak tanpa berlengah-lengah untuk menjamin pembekalan perkhidmat­an asas dan bantuan kemanusiaa­n termasuk makanan, air, bahan api dan bekalan ubat-ubatan tanpa halangan.

Mahkamah Dunia itu mendapati warga Palestin di Gaza bukannya berada dalam risiko kebuluran tetapi mereka sudah mula mengalamin­ya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia