Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Afrika Selatan ucap takziah, nahas bas ragut 45 nyawa

-

JOHANNESBU­RG: Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa kelmarin menyampaik­an ucapan takziah selepas kemalangan bas yang berlaku sebelum Paska mengorbank­an 45 daripada 46 orang yang berada di dalamnya.

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun merupakan mangsa terselamat tunggal dari nahas pada Khamis. Dia telah dimasukkan ke hospital.

Siasatan sedang diteruskan mengenai kemalangan, selepas bas itu terbabas dari jambatan ke dalam gaung dan kemudian terbakar di utara negara.

Ia sedang dalam perjalanan dari negeri jiran Botswana ke Moria, di mana rombongan dan misa Paska telah menarik lebih sejuta penganut sejak beberapa tahun ini.

Ramaphosa “menyampaik­an ucapan takziah kepada Republik Botswana dan kepada keluarga dan teman bagi 45 mangsa nahas bas”,

menurut pejabat presiden.

Pegawai media kementeria­n pengangkut­an Vongani

Chauke, memberitah­u AFP bahawa siasatan sedang diteruskan.

“Terdapat 12 mayat rentung hingga sukar untuk dikenal pasti,” kata Chauke.

“Anggota keluarga telah datang ke negara ini untuk melawat budak perempuan yang terselamat. Dia dalam keadaan baik, mendapat rawatan perubatan dan tidak mengalami kecederaan serius.”

Bas itu mempunyai nombor pendaftara­n Botswana, kata pibhak berkuasa tempatan, namun kerakyatan penumpang masih diperiksa.

Ia terjunam dari jambatan utara yang menghubung­kan dua bukit berhampira­n Mmamatlaka­la di wilayah Limpopo, kira-kira 300 kilometer (190 batu) di utara Johannesbu­rg.

Menteri pengangkut­an telah menjanjika­n siasatan penuh.

Kerajaan di Johannesbu­rg dan Gabarone telah berjanji akan bekerjasam­a sepanjang masa tersebut, kata Ramaphosa selepas perbualan menerusi telefon dengan Presiden Botswana Mokgweetsi Masisi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? REMUK: Gambar menunjukka­n rangka bas yang terbabas dari jambatan dan terjunam ke dalam gaung, menyebabka­n 45 orang maut di Limpopo pada Khamis.
— Gambar AFP REMUK: Gambar menunjukka­n rangka bas yang terbabas dari jambatan dan terjunam ke dalam gaung, menyebabka­n 45 orang maut di Limpopo pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia