Utusan Borneo (Sarawak)

Pochettino terkejut Chilwell diturunkan

Pemain pertahanan Chelsea itu dilaporkan baharu sahaja pulih dari kecederaan lutut

-

LONDRES: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino kelmarin mengakui dia terkejut apabila Ben Chilwell memulakan dua perlawanan untuk England semasa rehat antarabang­sa selepas pemain pertahanan itu baharu pulih daripada kecederaan lutut.

Kali terakhir Chilwell bermain untuk Chelsea adalah pada 2 Mac menentang Brentford dan sejak itu hanya bermain beberapa minit untuk kelab London itu, sebagai pemain gantian lewat dalam Piala FA menentang Leicester.

Namun begitu, pemain berusia 27 tahun itu beraksi penuh dalam perlawanan seri 2-2 England dengan Belgium di Wembley pada Selasa, tiga hari selepas bermain 67 minit dalam perlawanan kalah kepada Brazil.

Sembilan pemain Chelsea kini diketepika­n daripada perlawanan Liga Perdana menentang Burnley di Stamford Bridge hujung minggu ini, dengan beberapa pemain lain akan dinilai semula selepas tugas antarabang­sa, termasuk Chilwell - yang mengalami kecederaan pada lututnya semasa menentang Belgium.

“Dia tidak bermain selepas Brentford, kemudian dia bermain hanya beberapa minit menentang Leicester,” kata Pochettino.

“Kemudian dia memulakan dua perlawanan untuk

England.

“Ia mengejutka­n kami. Nasib malang kerana dia mengalami kecederaan kaki pada saat-saat akhir menentang Belgium. Sekarang kami perlu menilai sama ada dia boleh bermain.”

Enzo Fernandez, yang bermain dua kali untuk Argentina di Amerika Syarikat semasa rehat, kesihatann­ya juga akan dipantau menjelang perlawanan hujung minggu ini.

Chelsea mengesahka­n bahawa Romeo Lavia tidak akan bermain untuk baki musim ini.

Pemain tengah berusia 20

tahun itu yang menyertai Chelsea dari Southampto­n pada pra-musim dengan harga awal 62 juta euro, hanya bermain 32 minit berikutan masalah buku lali dan paha.

“Ia situasi yang sukar untuknya,” kata Pochettino. “Dia sedih. Dia hanya bermain 30 minit, untuk pemain baharu di kelab.

“Apabila kami menandatan­ganinya, dia tiba dengan masalah. Dia tidak dapat berlatih bersama kami untuk bulan pertama. Kemudian apabila dia bersedia dia mengalami masalah di kakinya.

“Dia pulih, dia bermain 30 minit tetapi kemudian

mengalami kecederaan pada Disember. Dia tidak dapat berlatih. Ia benar-benar berita yang menyedihka­n.”

Tetapi penjaring gol terbanyak Cole Palmer boleh menentang Burnley, dengan pemain berusia 21 tahun itu tidak beraksi dalam manamana perlawanan England baru-baru ini.

“Saya bercakap dengannya,” kata Pochettino. “Dia agak kecewa kerana tidak dapat bermain dengan pasukan kebangsaan.

“Dia mengalami masalah kecil dalam perlawanan pertama,” tambah jurulatih Argentina itu. “Dia fikir mungkin dia akan bermain perlawanan kedua. Sekarang dia OK, sedang berlatih dengan baik. Kami merancang dia akan bermain untuk hari Sabtu.”

“Ia mengejutka­n kami. Nasib malang kerana dia mengalami kecederaan kaki pada saat-saat akhir menentang Belgium. Sekarang kami perlu menilai sama ada dia boleh ” bermain. Mauricio Pochettino Pengurus Chelsea

 ?? — Gambar AFP ?? CERGAS: Chilwell (kanan) diturunkan pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di antara England dan Belgium di Stadium Wembley, baru-baru ini.
— Gambar AFP CERGAS: Chilwell (kanan) diturunkan pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di antara England dan Belgium di Stadium Wembley, baru-baru ini.
 ?? ?? POCHETTINO
POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia