Utusan Borneo (Sarawak)

Tonali telah didakwa oleh FA England kerana pertaruhan perlawanan

-

Pemain tengah Newcastle, Sandro Tonali telah didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England susulan 50 insiden salah laku berkaitan dengan pertaruhan dalam perlawanan, menurut FA kelmarin.

Tonali didakwa melanggar peraturan FA E8 dikatakan telah berlaku antara 12 Ogos 2023 dan 12 Oktober 2023.

Pemain berusia 23 tahun itu mempunyai masa sehingga 5 April untuk menjawab.

Pada Oktober tahun lalu, Tonali dikatakan akan terlepas baki musim untuk kelab dan negara selepas FIFA, badan induk global bola sepak, meluluskan penggantun­gan 10 bulan oleh pihak berkuasa Itali atas kesalahan melanggar peraturan pertaruhan.

Dia juga akan terlepas perlawanan dengan Itali yang mempertaha­nkan gelaran Kejohanan Eropah mereka pada pusingan akhir Jun-Julai di Jerman.

Ejen Tonali sebelum ini berkata anak guamnya, yang menyertai Newcastle dari AC Milan pada Julai dengan harga kira-kira 64 juta euro, mempunyai ketagihan berjudi.

Selain penggantun­gan 10 bulan, Tonali didenda 20,000 euro dan diarah menjalani kursus terapi selama lapan bulan untuk menangani masalahnya selepas mencapai kata sepakat berikutan siasatan oleh pihak pendakwaan Itali dan Persekutua­n Bola Sepak Itali tentang pertaruhan haram.

Newcastle, bertindak balas terhadap pengumuman FA kelmarin, berkata dalam satu kenyataan: “Newcastle United mengakui tuduhan salah laku yang diterima oleh Sandro Tonali berhubung dakwaan pelanggara­n peraturan pertaruhan FA.

“Sandro akan terus mematuhi sepenuhnya siasatan yang berkaitan dan dia akan mendapat sokongan kelab.

“Disebabkan proses ini sedang berterusan, Sandro dan Newcastle United tidak dapat memberikan ulasan lanjut buat masa ini.”

 ?? — Gambar AFP ?? DIDAKWA: Tonali (tengah) ketika diturunkan pada perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan G pada 25 Nov 2023.
— Gambar AFP DIDAKWA: Tonali (tengah) ketika diturunkan pada perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan G pada 25 Nov 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia