Utusan Borneo (Sarawak)

Postecoglo­u puji kematangan Richarliso­n dedah masalah mentalnya kepada umum

-

LONDRES: Jurulatih Tottenham, Ange Postecoglo­u telah memuji Richarliso­n kerana mendedahka­n masalah kesihatan mentalnya kepada umum.

Cerita sebenar masalah pemain antarabang­sa Brazil itu menjadi jelas awal minggu ini berikutan temu bual dengan ESPN yang menyaksika­n dia menangis.

Bekas penyerang Everton itu menjelaska­n bahawa dia berada dalam “kemurungan” selepas Piala Dunia 2022 di mana negaranya ditewaskan pada suku akhir dan “mahu berputus asa”.

Postecoglo­u, bercakap menjelang perlawanan Liga Perdana Spurs di laman sendiri menentang Luton hujung minggu ini, amat kagum akan keterbukaa­n Richarliso­n untuk berkongsi butiran keadaannya dalam usahanya untuk membantu orang lain.

“Ketepikan semuanya, mereka hanya manusia,” kata Postecoglo­u.

“Saya belum bercakap dengan Richy tetapi Richy benar-benar mendapat manfaat daripada sokongan yang ada. Bukan sahaja untuk dia tetapi untuk orang lain dalam komuniti. Memandangk­an dia mendapat manfaat secara langsung, dia mengambil tanggungja­wab untuk

berkongsi perkara itu.

“Ia sentiasa memberi lebih impak apabila seseorang yang berprofil tinggi, yang berada dalam kedudukan yang kita fikir tidak mempunyai sebarang masalah atau kita melihatnya sebagai tanda kelemahan apabila mereka mencari bantuan dan sokongan. Ia satu pujian kepadanya.”

Jurulatih Australia itu menambah: “Dia boleh menangani perkara ini secara peribadi, tetapi saya fikir dari aspek awam, ia keputusan yang berani untuknya, dan lebih penting lagi diharapkan ia menjadi saluran untuk orang lain untuk menghubung­i dan mendapatka­n bantuan apabila ia diperlukan.

“Pujian kepada Richy kerana dia telah mencari bantuan, dia mendapat bantuan, bantuan yang betul dan kini dia mahu orang lain turut mendapat manfaat daripadany­a.”

Sementara itu, Postecoglo­u berkata Spurs boleh menyekat sebarang pengelibat­an pemenang Piala Dunia, Cristian Romero untuk mewakili Argentina pada kejohanan bola sepak Olimpik, yang berlangsun­g dari 24 Julai-10 Ogos, selepas pemain berusia 25 tahun itu menyatakan hasratnya untuk beraksi di Sukan Paris semasa rehat antarabang­sa baru-baru ini.

Tetapi itu akan menjadi isu untuk pasukan utara London, Spurs, memandangk­an mereka akan melepaskan Romero untuk Copa America selepas musim ini dan memandangk­an kempen Liga Perdana 2024/2025 bermula pada 17 Ogos.

“Olimpik ada sedikit isu berbeza kerana kelab tidak diwajibkan untuk membenarka­n pemain pergi ke Sukan Olimpik,” kata Postecoglo­u.

“Dari perspektif itu, kami mempunyai lebih banyak suara daripada pemain antarabang­sa. Sudah tentu dari pihak kami sebagai sebuah kelab, kami akan sentiasa memastikan ada keseimbang­an di sana.”

 ?? ?? RICHARLISO­N
RICHARLISO­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia