Utusan Borneo (Sarawak)

Harapan Liverpool bawa kembali Alonso ke Anfield punah

-

Harapan Liverpool untuk memikat Xabi Alonso kembali ke Anfield telah musnah apabila jurulatih Sepanyol itu membuat keputusan untuk kekal di Bayer Leverkusen, yang berada di landasan untuk merangkul kejuaraan Bundesliga buat kali pertama.

Pemenang Liga Juara-Juara semasa menjadi pemain di Liverpool, Alonso segera penjadi calon pilihan untuk menggantik­an Jurgen Klopp selepas jurulatih Jerman itu membuat pengumuman mengejutka­n bahawa dia akan pergi pada penghujung musim ini.

Jurulatih Sporting Lisbon, Ruben Amorim kini merupakan calon pendahulu baharu, mendahului pengurus Brighton Roberto De Zerbi dan jurulatih Jerman Julian Nagelsmann.

Keputusan Alonso untuk kekal bersama Leverkusen, yang belum tewas dalam 38 perlawanan musim ini, memusnahka­n harapan Liverpool bahawa kedatangan­nya akan meredakan tamparan akibat pemergian Klopp.

Nasib The Reds di dalam dan di luar padang telah berubah sepanjang lapan setengah tahun pengurusan Klopp.

Liverpool memenangi kejuaraan liga pertama selepas 30 tahun pada 2020, setahun selepas menjulang Liga JuaraJuara.

Klopp boleh pergi dengan kegemilang­an.

Liverpool berada di belakang pendahulu Liga Perdana, Arsenal hanya dengan perbezaan gol dengan baki 10 perlawanan.

Mereka juga menjulang Piala Liga bulan lalu dan masih boleh menentang Leverkusen kendalian Alonso dalam perlawanan akhir Liga Europa memandangk­an kedua-dua pasukan layak ke peringkat lapan akhir.

Klopp percaya dia pergi pada masa yang tepat dengan skuad yang penuh dengan bakat muda, dibantu oleh teras veteran bertaraf dunia seperti Alisson Becker, Virgil van Dijk dan Mohamed Salah.

“Untuk masa depan, penting betapa bagusnya pasukan, sejauh mana bagusnya pemain, betapa bagusnya struktur dan betapa bagusnya organisasi,” kata Klopp awal bulan ini.

“Di situlah keyakinan saya lahir dan itulah sebabnya saya

fikir ia saat yang baik untuk bersama LFC.”

Bagaimanap­un, mengikut jejak langkah seorang tokoh berstatus legenda sebegitu mungkin menjadi salah satu faktor penolakan Alonso untuk menyambung tugas.

Laporan menyatakan keputusann­ya itu telah membuka pintu kepada Amorim dari Sporting.

Pada usia 39 tahun, bekas pemain antarabang­sa Portugal itu sudah mencipta nama di tanah airnya.

Pekerjaan pertama Amorim adalah di Braga pada 2019, di mana dia bertahan lebih dua bulan dan 13 perlawanan sebelum Sporting membayar

klausa pelepasan 10 juta euro untuk mengambiln­ya di kelab gergasi Lisbon.

Kepercayaa­n terhadap kemampuann­ya mendapat ganjaran lumayan apabila dia menghadiah­kan kejuaraan liga pertama dalam tempoh 19 tahun pada musim pertamanya sebagai pengurus pada 2020/2021.

Sporting hanya berjaya menduduki tempat kedua dan keempat sejak dua tahun lalu tetapi berada di landasan untuk merangkul gelaran liga dan piala musim ini.

De Zerbi mempunyai peluang terbaik untuk membuktika­n dirinya dan mencalarka­n perpisahan Klopp apabila Brighton melawat Anfield pada hari Ahad.

Perlawanan pertama lelaki Itali itu dalam bola sepak Inggeris ialah semasa keputusan seri 3-3 yang mendebarka­n kepada Liverpool dan Brighton kemudian menewaskan anak buah Klopp dua kali dalam Liga Perdana dan Piala FA di tempat sendiri.

Tetapi De Zerbi bergelut untuk mengekalka­n prestasi yang sama musim ini berikutan tuntutan kejohanan Eropah dengan kesukaran bersaing di divisyen teratas Liga Perdana.

Nagelsmann pula pernah dianggap sebagai bintang jurulatih Eropah selepas mempamerka­n aksi mengagumka­n di Hoffenheim dan RB Leipzig.

Nasib malang di Bayern Munich membantutk­annya, tetapi dia boleh menebus reputasiny­a bersama Jerman di Kejohanan Eropah di tempat sendiri.

Selepas permulaan yang sukar untuk mengendali­kan pasukan kebangsaan, kemenangan persahabat­an ke atas Perancis dan Belanda telah memberikan harapan orang Jerman pada musim panas ini. — AFP

 ?? ?? ALONSO
ALONSO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia