Utusan Borneo (Sarawak)

Miri, Bintulu tersenarai dalam laluan akhir perlumbaan LTdL 2024

-

Dua peringkat perlumbaan di Sarawak tersenarai dalam laluan akhir perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024) buat julung kalinya yang bakal berlangsun­g di Miri dan Bintulu pada minggu pertama bulan Oktober 2024 nanti.

Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) Alan Ling memaklumka­n bahawa majlis pelancaran LTdL 2024 ini diadakan pada 18 Mac lalu di Dewan Banquet, Majlis Sukan Negara dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh juga turut mengekalka­n tema perlumbaan, iaitu ‘Beat the Heat’ sebagai tema pada tahun ini bagi memberi semangat untuk bersaing secara positif kepada para pelumba.

“Dua bandar di Sarawak, iaitu Miri dan Bintulu bakal menjadi tuan rumah buat pertama kalinya dalam perlumbaan berbasikal yang paling berprestij di benua Asia ini yang dijadualka­n berlangsun­g bermula 29 September sehingga 6 Oktober 2024,” jelas Ling.

Menurut Ling, terdapat lapan peringkat perlumbaan yang akan memulakan peringkat pertama dari Langkawi dan mengakhiri perlumbaan di Bintulu dengan jumlah jarak keseluruha­n adalah 1,191 kilometer.

“Sebanyak 11 negeri akan menjadi hos perlepasan dan penamat perlumbaan untuk laluan LTdL 2024 kali dan perlumbaan kali ini merupakan anjuran dua tahun berturut-turut MSN,” tambah Ling lagi.

Ling menyeru orang ramai untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan berbasikal negara yang dijangka menyertai perlumbaan kali ini Pasukan Berbasikal Lebuhraya Kebangsaan, Terengganu Cycling Team (TSG) dan Malaysia Profession­al Cycling (MPC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia