Utusan Borneo (Sarawak)

Ada mekanisme tuntut bayaran balik dana

Projek bina prasarana kesihatan dan pendidikan menggunaka­n dana kerajaan negeri dijangka bermula hujung tahun ini

- Oleh Jessica Jawing

Projek membina prasarana kesihatan dan pendidikan yang menggunaka­n dana kerajaan negeri dijangka bermula pada hujung tahun ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak malahan mempunyai satu mekanisme untuk perkara berkenaan sebelum membuat tuntutan bayaran balik kepada kerajaan persekutua­n.

“Sebenarnya kita sekarang ini merangka kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam sektor yang sangat penting iaitu kesihatan dan pendidikan.

“Kita sudah ada satu mekanisme, hanya untuk kita menuntut bayaran balik daripada kerajaan pusat. Kita ada jawatankua­sa di peringkat pegawai yang mengendali­kan perkara ini. Saya rasa hujung tahun kita akan mula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penasihat Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa Industri Terminal dan Pembanguna­n Usahawan (MINTRED) Dato Sri Mohd Naroden Majais serta isteri Datin Sri Masnah Ahmad di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (UndangUnda­ng, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutua­n) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee.

Abang Johari memaklumka­n beliau telah mengadakan satu perbincang­an tidak rasmi dengan

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni kelmarin.

“Mereka juga sekarang sudah ada jawatankua­sa untuk merangka mekanisme untuk kita membangunk­an semula klinik (usang).

“Jika tangganya (klinik) teruk, lantai tidak dibuat, saya menyatakan kita robohkan dan bina semula.

“Peruntukan guna kita dahulu kemudian kerajaan pusat bayar balik,” ujarnya.

Mengenai perkembang­an lain, Abang Johari mengalu-alukan pelantikan Lawrence Wong sebagai

Perdana Menteri Singapura yang baharu berkuat kuasa pada 15 Mei depan.

Katanya Wong mempunyai pengalaman luas selain sebagai menteri kewangan republik itu.

“Seperti semua maklum, Sarawak bekerja sangat rapat dengan Singapura dan kami telah bertemu dengan beliau (Wong) dan beliau nampaknya mempunyai pandangan cukup baik tentang kerjasama serta persefaham­an antara Singapura dan Malaysia khususnya SingapuraS­arawak.

 ?? — Gambar Kong Jun Liung ?? TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Naroden (tiga kiri) semasa kunjungan rumah terbuka sambil disaksikan (dari kanan) Hasidah, Masnah dan Rodiyah.
— Gambar Kong Jun Liung TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Naroden (tiga kiri) semasa kunjungan rumah terbuka sambil disaksikan (dari kanan) Hasidah, Masnah dan Rodiyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia