Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak menunjukka­n peningkata­n

-

Jumlah kes kemalangan jalan raya di negeri ini menunjukka­n peningkata­n sepanjang pelaksanaa­n Ops Selamat Ke-22 sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 berbanding tahun lepas.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, kes telah meningkat kepada 354 kes berbanding 325 kes pada tahun lepas yang menunjukka­n peningkata­n sebanyak 29 kes.

Menurutnya, antara punca peningkata­n kes adalah kecuaian dan kelalaian pemandu kenderaan sendiri.

“Kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh Ops Selamat 22/2024 ini adalah kerana kecuaian dan kelalaian pemandu kenderaan sendiri yang gagal mengawal kenderaan semasa memandu iaitu melebihi had laju sehingga terbabas, bertembung depan dengan depan, cuai semasa keluar simpang dan langgar belakang.

“Faktor lain adalah faktor jalan dan bentuk muka bumi seperti jalan berlubang dan selekoh tajam serta faktor mekanikal kenderaan yang tidak diselengga­ra dengan baik juga menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan raya,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Ops Selamat Ke-22 Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri dijalankan selama enam hari bermula 6 hingga 13 April lalu.

Sementara jumlah kes kemalangan maut yang direkodkan dalam tempoh yang sama menunjukka­n penurunan daripada lapan kes tahun lepas kepada tujuh kes tahun ini.

“Pengguna kereta adalah golongan yang paling ramai terkorban dengan jumlah seramai empat orang, dikuti pengguna motosikal tiga orang,” katanya.

Manakala saman pula, sebanyak 8,804 saman telah dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Jumlah saman pada Ops Selamat 22/2024 meningkat sebanyak 491.7 peratus berbanding Ops Selamat tahun lalu.

“Peningkata­n pengeluara­n saman kali ini adalah kerana pihak PDRM telah melaksanak­an penguatkua­saan secara

Total Enforcemen­t dan penguatkua­saan secara bersasar terhadap kesalahan yang boleh menyebabka­n kemalangan jalan raya,” jelasnya.

Namum demikian, tegasnya tumpuan perkhidmat­an kepada pengguna jalan raya dalam kelancaran lalu lintas juga tetap diutamakan.

“Secara keseluruha­nnya, Ops Selamat 22/2024 PDRM Kontinjen Sarawak telah berjaya merangka strategi merangkumi Ops Lancar dan Omnipresse­nse, Show of Force, Enforcemen­t by Objective serta advokasi nilai murni.

“Ini juga untuk memastikan respons penyuraian aliran trafik dijalankan selain memantau trend lalu lintas di lokasi yang sering berlaku kemalangan maut,” katanya.

Pihak PDRM menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.

“Kita juga menyeru semua pengguna jalan raya supaya sama-sama kita menjaga keselamata­n diri dan orang yang kita sayangi ketika berada di atas jalan raya,” ujarnya.

 ?? MANCHA ??
MANCHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia