Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah di Pa’ Umor legasi 30 tahun keluarga Gerawat

-

MIRI: Memori bersama ibu bapa dan generasi terdahulu yang pernah membantu membina rumah yang terbakar itu merupakan memori paling berharga dan kehilangan paling besar bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Mulu) Datuk Gerawat Gala.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) memberitah­u, rumahnya yang musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu lalu adalah legasi lebih 30 tahun yang menyimpan banyak memori terutama bersama ibu bapa dan sanak-saudara.

Beliau memberitah­u, sukar untuk menganggar­kan kerugian yang dialami kerana banyak barang lama, antik dan sebagainya yang dijangka mencecah nilai ratusan ribu ringgit.

“Namun memori bersama kedua-dua orang tua saya dan generasi terdahulu yang sudah tiada yang telah membantu saya membina rumah itu dahulu, itu adalah kehilangan yang paling berharga bagi saya dan membuatkan saya amat sedih,” katanya.

Ketika kejadian jam 1.10 pagi Sabtu itu, Gerawat masih berada di Kuching dan hanya balik pagi berikutnya untuk melihat keadaan kediamanny­a di Pa’ Umor, Bario.

Rumah kayu tersebut yang dibina 32 tahun lalu, turut menyimpan memori bersama tetamu termasuk orangorang penting, pemimpin negara dan negeri, duta-duta luar negara, malah ada yang bermalam di situ.

“Rakan-rakan rapat saya juga pernah berkunjung dan bermalam di kediaman saya itu.

“Itulah memori yang amat saya hargai di rumah tersebut.

“Malah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi (yang pernah menjejakka­n kaki ke rumah tersebut) turut menyampaik­an rasa simpati mereka.

“Begitu juga bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred

Jabu Numpang yang pernah berkunjung ke rumah saya itu,” jelas beliau.

Ditanya mengenai punca kebakaran tersebut, Gerawat memberitah­u, siasatan awal pasukan menunjukka­n kemungkina­n besar ia berpunca daripada litar pintas.

Katanya, semua pihak termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bario yang bergerak pantas dan mengambil masa 10 minit untuk tiba di lokasi, serta platun pasukan tentera turun padang membawa semua kelengkapa­n untuk memadam kebakaran.

“Ia adalah rumah kayu yang sudah lama, berusia lebih 30 tahun.

“Jadi api yang membakarny­a marak dengan cepat sekali dan sukar untuk menyelamat­kannya walaupun semua pihak telah melakukan yang terbaik,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Gerawat amat berterima kasih dengan semua pihak yang telah membantu terutama penduduk kampung, PBS Pa’ Umor dan Bario, polis Bario dan juga pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan platun tentera.

“Saya juga secara peribadi ingin berterima kasih kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Marudi yang diketuai Maureen Sim yang terus bergegas turun padang ke tempat kejadian, malah turut memberikan saya tempat duduk, menggunaka­n helikopter bomba kerana saya tidak berjaya mendapatka­n tempat untuk penerbanga­n MASwings ke Bario (disebabkan sudah penuh).

“Saya dan keluarga amat berterima kasih juga kepada semua saudara-mara dan rakan-rakan yang menyampaik­an rasa simpati dan memberi sokongan moral kepada kami sekeluarga,” tambah Gerawat lagi.

 ?? Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi — Gambar ?? SEDIH: Gerawat (tengah) hanya mampu melihat dengan pilu rumah kayu miliknya yang menyimpan 1001 memori paling berharga bagi dirinya musnah dalam kebakaran pada Sabtu lalu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi — Gambar SEDIH: Gerawat (tengah) hanya mampu melihat dengan pilu rumah kayu miliknya yang menyimpan 1001 memori paling berharga bagi dirinya musnah dalam kebakaran pada Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia