Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak masih tunggu nasihat Kementeria­n Luar Negeri berhubung usaha bawa pulang pelajar

-

Sarawak masih menunggu nasihat Kementeria­n Luar Negeri berhubung sama ada membawa pulang pelajar Malaysia termasuk dari negeri ini susulan konflik di Timur Tengah ketika ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain itu Sarawak juga ketika ini sedang berhubung dengan Kementeria­n Luar Negeri Pejabat Wilayah Sarawak dalam perkara berkenaan.

“Kita menunggu nasihat daripada Kementeria­n Luar sama ada keadaannya berbahaya atau tidak.

“Jika Kementeria­n Luar bersama dengan Kementeria­n Pendidikan Tinggi memberikan pandangan bahawa pelajar kita yang ada di Timur Tengah hendaklah dibawa keluar, kita akan mengikutla­h arahan tersebut.

“Kita tunggu apa nasihat Kementeria­n dan selain itu kita sedang berhubung rapat dengan Kementeria­n Luar Wilayah Sarawak,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penasihat Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri Terminal dan Pembanguna­n Usahawan (MINTRED) Dato Sri Mohd

Naroden Majais serta isteri Datin Sri Masnah Ahmad di sini, semalam.

Abang Johari berkata, bagaimanap­un beliau tidak mempunyai angka sebenar pelajar Sarawak yang menuntut di Timur Tengah.

“Kita mempunyai banyak pelajar di Jordan selain di

Mesir. Di Mesir kita banyak pelajar belajar dalam bidang perubatan selain bidang agama.

“Kalau di Jordan saya juga tidak ada anggaran jumlahnya tetapi memang ada (pelajar). Kalau Syria, setahu saya tiada. Tapi kita banyak di Jordan dan Mesir,” katanya.

Sementara itu memetik BERNAMA semalam, Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi sebarang tindakan lanjut susulan konflik di Timur Tengah ketika ini, termasuk keperluan sekiranya ada, untuk membawapul­ang pelajar Malaysia dari negara terjejas.

KPT dalam kenyataan memaklumka­n berdasarka­n rekod semasa, pelajar Malaysia yang berdaftar adalah seramai 1,872 orang yang berada di Jordan, 37 orang di Syria, lapan di Iran manakala tiada pelajar negara ini dilaporkan di Lubnan dan Iraq.

“Kementeria­n mengambil maklum situasi terkini di

Timur Tengah yang melibatkan Iran dan Israel serta secara tidak langsung memberi tempias kepada negaranega­ra di sekitarnya seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Iraq.

“KPT memantau menerusi pejabat Education Malaysia di Jordan dan Dubai serta sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan bagi memastikan keselamata­n dan kebajikan pelajar terjamin,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama turut menasihati pelajar-pelajar Malaysia di negara yang terlibat agar terus bertenang, sentiasa berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Konflik baharu tercetus di rantau Asia Barat apabila Iran melancar dron dan misil terhadap Israel sebagai membalas dendam ekoran rejim Zionis menyerang konsulat Iran di Damsyik sehingga mengorbank­an 13 rakyatnya.

 ?? — Gambar Kong Jun Liung ?? MASIHTUNGG­U: Abang Johari ketika ditemui pemberita, menyatakan Sarawak masih menunggu nasihat Kementeria­n Luar Negeri dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi berhubung usaha membawa balik pelajar di Timur Tengah.
— Gambar Kong Jun Liung MASIHTUNGG­U: Abang Johari ketika ditemui pemberita, menyatakan Sarawak masih menunggu nasihat Kementeria­n Luar Negeri dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi berhubung usaha membawa balik pelajar di Timur Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia