Utusan Borneo (Sarawak)

KPWKM salur bantuan kepada wanita dakwa diberi layanan buruk pegawai JKM

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyalurka­n bantuan bersesuaia­n kepada wanita warga emas yang mendakwa menerima layanan buruk daripada dua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) barubaru ini.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu hari ini bagi mendapatka­n gambaran sebenar kejadian.

“Pada masa yang sama kita akan menyiasat apa yang dikatakan menerusi media sosial (berkaitan dakwaan pegawai JKM memberi layanan buruk). Kita tidak dapat menerima begitu sahaja...mungkin ada sebab-sebab tertentu membuatkan perkara ini (berlaku),” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang menyiarkan dakwaan wanita itu bersama-sama suaminya seorang pemegang kad penduduk tetap, diberi layanan buruk oleh dua pegawai JKM dan dipaksa ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) Bandar Tasik Selatan kerana menjadi gelandanga­n di Kuala Lumpur.

Dalam laporan itu, wanita berkenaan mendakwa rayuannya untuk terus kekal tinggal di kawasan kaki lima berdekatan sebuah restoran tempat dia bekerja mencuci pinggan mangkuk bagi menyara diri dan suaminya yang mengalami kemurungan turut tidak diendahkan.

Menurut wanita itu seorang kenalan bersama suaminya telah bergegas ke TBS sebelum pegawaipeg­awai JKM itu bersetuju melepaskan mereka.

Nancy berkata kementeria­nnya dengan bantuan sebuah badan bukan kerajaan telah menyediaka­n tempat tinggal sementara buat pasangan itu dan hasil siasatan setakat ini mendapati wanita berkenaan mahu bekerja sendiri dan bukan menjadi penerima bantuan semata-mata.

“Alhamdulil­lah, mereka telah memberikan kerjasama kepada pegawaipeg­awai pejabat saya dan kita akan pastikan mereka akan dijaga dengan sebaik-baiknya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia