Utusan Borneo (Sarawak)

INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini

-

Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN) menyasarka­n untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata usahawan dilatih tahun lepas telah menunjukka­n prestasi cemerlang dengan ada yang mencapai sehingga 75 peratus nilai jualan selepas mengikuti program bimbingan itu.

“Inimenunju­kkanINSKEN merupakan agensi bimbingan keusahawan­an penting di negara ini. Kementeria­n akan terus sokong dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada usahawan kita menerusi INSKEN ini,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya INSKEN di sini semalam.

Ewon berkata pelbagai program dan latihan keusahawan­an direncanak­an tahun ini dengan harapan dapat membimbing 10,000 usahawan dan berdasarka­n kajian pihaknya, usahawan mikro dan kecil paling ramai terlibat dalam sektor perkhidmat­an.

INSKEN merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menawarkan inisiatif pembanguna­n kapasiti usahawan melalui program latihan dan bimbingan dengan senarai latihan boleh didapati di laman https://www.insken. gov.my/pendaftara­n/.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai lokasi Karnival Usahawan dan Jualan Mega MADANI (KUJMM) anjuran KUSKOP yang seterusnya, Ewon berkata ia bakal diadakan pada 11 dan 12 Mei depan di Kuala Penyu, Sabah sempena Pesta Kaamatan.

“Program sama juga akan diteruskan dari semasa ke semasa di seluruh negara selain kita juga bakal mengadakan Sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Francais dan Jualan MADANI Koperasi selepas ini,” katanya. — Bernama

 ?? ?? MERIAH: Ewon (lima kanan) bergambar bersama sebahagian tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya INSKEN di Cyberjaya semalam.
MERIAH: Ewon (lima kanan) bergambar bersama sebahagian tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya INSKEN di Cyberjaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia