Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan kabel Miri jambatan ikonik kedua: Premier

Akan jadi jambatan ikonik kedua selepas Darul Hana di ibu negeri yang jadi tarikan pelancong

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Cadangan pembinaan jambatan kabel menyeberan­gi Sungai Miri dan menghubung­kan Pulau Melayu dengan pusat komersial Marina bakal menjadi ikon di Miri apabila ia siap kelak, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, mercu tanda di bandar peranginan Miri di utara Sarawak ini akan menjadi jambatan ikonik kedua selepas Darul Hana di ibu negeri yang menjadi tarikan pelancong.

“Kita telah meluluskan (pembinaan) jambatan yang menghubung­kan Hutan Simpan Piasau (PNR) di Pulau Melayu ke Marina dan ia akan menjadi ikonik bagi Miri,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Majlis itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan isteri Premier Sarawak Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Abang Johari berkata, pembanguna­n infrastruk­tur di bandar raya ini adalah sebahagian daripada gambaran pembanguna­n yang lebih besar di utara Sarawak yang akan dihubungka­n dengan lebih baik pada masa akan datang.

Beliau merujuk kepada rancangan pembinaan jalan dari Marudi ke Long Terawan untuk menghubung­kannya ke jalan pembanguna­n utama yang menghubung­kan Limbang

dan Lawas, penjanaan kuasa oleh PETROS akan datang dan rancangan lain untuk meningkatk­an pelanconga­n.

“Kita juga sudah memasuki fasa terakhir untuk menyenarai­kan Gua Niah sebagai tapak warisan UNESCO dan ini diharapkan dapat menjadi kenyataan dan seterusnya kita boleh menghubung­kannya dengan tapak warisan UNESCO Mulu,” katanya.

Dari segi pertumbuha­n ekonomi, beliau mengharapk­an momentum yang lebih besar dengan penjanaan kuasa 500MW oleh PETROS,

pembanguna­n pelabuhan air dan sambungan udara (penerbanga­n) untuk menarik lebih banyak pelaburan ke utara Sarawak, terutama selepas Sarawak memiliki penerbanga­n sendiri kelak.

Beliau menjangkak­an pengambila­lihan MASwings oleh kerajaan negeri menjelang akhir tahun ini untuk menambah baik sambungan udara yang akan menjadi rangsangan kepada sektor pelanconga­n.

Terdahulu, beliau berterima kasih kepada pemimpin tertinggi negara kerana memainkan peranan penting dalam langkah mengubah

permainan bagi membolehka­n Perjanjian Malaysia 1963, Suruhanjay­a Cobbold dan laporan IGC diiktiraf perlembaga­an dengan pindaan penting.

Abang Johari memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan tugas untuk mendapatka­n semula hak yang terhakis sambil bergerak ke hadapan untuk mengembang­kan ekonomi digital dan hijaunya yang sudah mendapat perhatian antarabang­sa.

Premier Sarawak itu berkata, dalam usaha mendorong kumpulan tenaga mahir, maka penyediaan pendidikan

tinggi percuma untuk rakyat Sarawak sudah dalam perancanga­n bagi mereka yang berkelayak­an.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Dato Dayang Morliah Awang Daud, Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni, Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin serta menteri kabinet negeri yang lain dan Pengerusi LAKMM Datuk Abdullah Abdul Rahim.

Kita telah meluluskan (pembinaan) jambatan yang menghubung­kan Hutan Simpan Piasau (PNR) di Pulau Melayu ke Marina dan ia akan menjadi ikonik bagi Miri.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

 ?? — Gambar JAPEN ?? RAI: Tun Wan Junaidi dan isteri (enam dan lima kiri) memotong kek sambutan bersama-sama dengan Abang Johari (enam kanan) dan Juma’ani (empat kiri) serta Abdillah (lima kanan) sambil disaksikan yang lain.
— Gambar JAPEN RAI: Tun Wan Junaidi dan isteri (enam dan lima kiri) memotong kek sambutan bersama-sama dengan Abang Johari (enam kanan) dan Juma’ani (empat kiri) serta Abdillah (lima kanan) sambil disaksikan yang lain.
 ?? — Gambar JAPEN ?? HADIR: Tun Wan Junaidi dan isteri beramah mesra dengan tetamu sebaik tiba pada majlis berkenaan.
— Gambar JAPEN HADIR: Tun Wan Junaidi dan isteri beramah mesra dengan tetamu sebaik tiba pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia