Utusan Borneo (Sarawak)

Taman rekreasi usang memang akan dinaik taraf

Naik taraf Taman Rekreasi Kampung Haji Baki bermula sebaik kerja melebar jalan Kota Sentosa ke Bau siap

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Usaha menaik taraf Taman Rekreasi Kampung Haji Baki dekat sini akan bermula sebaik kerja-kerja melebarkan jalan menghubung­kan Kota Sentosa dengan Bau siap.

Perkara itu dimaklumka­n Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Tan Kai ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Michael Kong, pembantu khas Ahli Parlimen Stampin Chong

Chieng Jen, yang meminta pihak berwajib khususnya MPP segera menaik taraf fasiliti-fasiliti di taman itu yang dikatakan terbiar serta usang.

“Kita (MPP) akan menaik taraf taman rekreasi di Kampung Haji Baki sebaik kerja-kerja melebarkan jalan menghubung­kan Kota Sentosa dengan Bau siap,” katanya.

Tan berkata pegawai landskap MPP juga memaklumka­n kepadanya bahawa bahagian tertentu di taman rekreasi itu telah diperuntuk­kan atau digunakan bagi

projek pelebaran jalan berkenaan.

Justeru, katanya kerjakerja menaik taraf fasiliti yang ada di taman berkenaan hanya akan dilakukan apabila projek pelebaran jalan itu siap sepenuhnya.

“Oleh itu kerja-kerja menaik taraf hanya akan dilakukan setelah projek melebarkan jalan yang saya katakan tadi siap. Ini jaminan saya,” ujarnya.

Pada Isnin Kong mengeluark­an kenyataan meminta MPP selaku PBT yang bertanggun­gjawab memandang serius isu berkenaan yang dikatakan sudah usang dan terbiar.

Selain itu, menurutnya permainan jungkang-jungkit serta gelongsor yang terdapat di situ juga sudah ‘lusuh’ mencermink­an kurangnya kerja-kerja penyelengg­araan dilakukan.

“Saya menggesa MPP dan pengerusin­ya Tan Kai menangani isu ini dengan segera serta tegas.

“Tindakan segera amat perlu bagi ‘menghidupk­an’ semua Taman Rekreasi Kampung Haji Baki dalam usaha memastikan ia kekal sebagai tempat yang selamat serta menjadi tarikan kepada orang ramai mengunjung­i serta memanfaatk­annya,” kata Kong.

“Oleh itu kerjakerja menaik taraf hanya akan dilakukan setelah projek melebarkan jalan yang saya katakan tadi siap. ” Ini jaminan saya. Tan Kai Pengerusi MPP

 ?? ?? TAN KAI
TAN KAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia