Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Kebudayaan Durin 2024 pada 26 hingga 28 April

-

SIBU: Karnival Kebudayaan Durin 2024 tetap diteruskan walaupun keadaan cuaca tidak menentu sejak kebelakang­an ini.

Pengerusi penganjur Datuk Teo Boon Siew berkata, walaupun cuaca cerah, mendung dan hujan bersilih ganti karnival yang dijadualka­n berlangsun­g dari 26 hingga 28 April ini akan tetap diteruskan seperti dijadualka­n.

Teo berkata, pihaknya akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlakunya insiden yang tidak diingini.

“Kita akan terus bekerjasam­a secara rapat dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi memastikan kelancaran Karnival Kebudayaan

Durin 2024,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Terdahulu, beliau bersama jawatankua­sa penganjur, ahli majlis dan kakitangan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS)sertaagens­ikerajaan berkaitan telah mengadakan tinjauan ke tapak penganjura­n karnival berkenaan.

Menurut Teo, pihaknya juga akan terus berusaha dan mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari jalan mengatasi kesesakan lalu lintas sepanjang penganjura­n karnival berkenaan.

Dianggarka­n 5,000 pengunjung membanjiri Bazar Durin dan Tebingan Durin, dekat sini sepanjang penganjura­n karnival tersebut.

Sementara itu, Majlis Perasmian Karnival Kebudayaan Durin 2024 dijangka dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing pada 27 April, jam 9 pagi.

Manakala majlis penangguha­n yang menjadi acara kemuncak karnival berkenaan akan disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada 28 April.

Pelbagai aktiviti dan acara dijadualka­n untuk menarik minat dan penyertaan masyarakat berbilang bangsa di sini, selain turut menjanjika­n pengalaman unik dan berwarna-warni.

 ?? ?? TINJAUAN: Teo (11 kanan) bersama yang lain merakam gambar kenangan selepas selesai melawat tapak penganjura­n Karnival Kebudayaan Durin 2024.
TINJAUAN: Teo (11 kanan) bersama yang lain merakam gambar kenangan selepas selesai melawat tapak penganjura­n Karnival Kebudayaan Durin 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia