Utusan Borneo (Sarawak)

Seni pertahanan diri Iban kuntau harus dipertahan­kan

-

Seni mempertaha­nkan diri kaum Iban iaitu kuntau harus terus dipelajari bagi memastikan ia terus diwariskan kepada generasi muda, kata Guro Kuntau Kipas Dam Dam Spring Tuai Rumah Degom Usit.

Menurut beliau, kuntau merupakan seni mempertaha­nkan diri yang penuh seni dan semakin digemari generasi muda pada masa sekarang.

“Walaupun pada zaman dahulu ia kurang dikenali kerana hanya dipelajari di kawasan hutan dan jauh dari petempatan tetapi pada masa sekarang ia diajar di kawasan bandar dan senang diakses sesiapa sahaja yang berminat menguasai seni mempertaha­nkan diri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan acara Tamat Kuntau Kipas Dam Dam Spring anjuran Persatuan Seni Kuntau Kipas Dam Dam Spring Bintulu pada Ahad.

Katanya, selaras dengan peredaran masa, kuntau pada masa ini merupakan seni dan budaya yang dikentenga­hkan dalam masyarakat Dayak kini diajar di kawasan bandar seperti Bintulu.

“Kini ia diketengah­kan secara meluas supaya generasi muda, khususnya komuniti Dayak pada masa sekarang, tahu akan seni budaya yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sendiri,” jelas beliau.

Degom berkata, pada zaman dahulu hanya golongan lelaki dibenarkan belajar kuntau namun kini golongan wanita juga boleh belajar kuntau.

Apa yang penting pada masa sekarang katanya, seni mempertaha­nkan diri kuntau merupakan seni dan budaya yang telah lama wujud dan wajar dikembangk­an dari semasa ke semasa.

“Harapan saya sebagai tenaga pengajar kuntau agar seni mempertaha­nkan diri ini terus dikenali dan dikembangk­an kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajar­inya sebagaiman­a seni mempertaha­nkan diri yang lain,” ujarnya.

Secara amnya, Degom mengajar Kuntau Kipas Dam Dam sejak 1989 yang mana pada 2021 Persatuan Seni Kuntau Kipas Dam Dam Spring telah didaftarka­n di Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS).

Untuk rekod, sejak tiga tahun lepas persatuan ini mempunyai 736 ahli.

 ?? ?? WARISAN: Degom (duduk, tiga kiri) bersama tetamu yang hadir menjalanka­n upacara miring sebelum bermula acara tamat kuntau pada Ahad.
WARISAN: Degom (duduk, tiga kiri) bersama tetamu yang hadir menjalanka­n upacara miring sebelum bermula acara tamat kuntau pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia