Utusan Borneo (Sarawak)

Miri tertinggi kes curi elektrik berkaitan perlombong­an kripto

SEB temui tiga operasi perlombong­an mata wang kripto guna tenaga elektrik yang dicuri untuk jalankan kegiatan haram

-

KUCHING: Bahagian Miri mencatatka­n bilangan kes kecurian elektrik tertinggi yang dikaitkan dengan perlombong­an mata wang kripto di Sarawak.

Demikian menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad (SEB) yang telah menemui tiga operasi perlombong­an mata wang kripto di Miri menggunaka­n tenaga elektrik yang dicuri untuk menjalanka­n aktiviti mereka.

“Kegiatan itu mengakibat­kan anggaran kerugian bulanan sebanyak RM30,000 kepada SEB,” kata kenyataan itu.

Dalam operasi bersama yang dijalankan polis, Bahagian Operasi Sarawak Energy dan Syarikat SESCO Berhad (SESCO) baru-baru ini, aktiviti curi elektrik dikenal pasti di rumah kedai dan rumah kediaman di Pujut dan Jalan Miri-Bintulu.

Semasa serbuan, pasukan pemeriksa meter SESCO menemui kabel penoreh langsung digunakan untuk memintas meter dan mendapatka­n bekalan elektrik secara haram dari sesalur masuk.

Lebih daripada 70 pelayan perlombong­an mata wang kripto dan peranti elektronik lain yang ditemui di tapak telah dirampas sebagai bukti dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik. Mereka yang didapati bersalah berdepan dendamaksi­mumRM200,000 dan atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Penemuan tersebut adalah susulan pendedahan enam kes curi elektrik di Miri oleh SESCO dan pihak berkuasa sebelum ini.

Terutamany­a,lebihsepar­uh daripada kes kecurian elektrik yang dikaitkan dengan perlombong­an mata wang kripto di Sarawak ditemui di Miri sahaja.

Daripada 260 kes yang ditemui di Sarawak sejak 2018, kira-kira 60 peratus (156 kes) ditemui di Miri.

Kes-kes ini telah mengakibat­kan kerugian bulanan sekitar RM4 juta kepada SEB.

Individu yang terlibat dalam kes ini kini sedang didakwa, mencermink­an komitmen SEB untuk mengekang isu kecurian kuasa.

Walaupun Sarawak mempunyai salah satu tarif yang paling kompetitif

Kegiatan itu mengakibat­kan anggaran kerugian bulanan sebanyak RM30,000 kepada SEB.

Sarawak Energy Berhad

di rantau ini, permintaan tenaga yang tinggi bagi perlombong­an mata wang kripto sering mendorong pengendali mengambil jalan keluar dengan mencuri elektrik untuk mengurangk­an kos.

Bagaimanap­un, operasi sedemikian lazimnya melibatkan pendawaian yang tidak standard dan tidak selamat, menimbulka­n risiko kebakaran, kerosakan pada peralatan elektrik, kehilangan nyawa dan gangguan bekalan kuasa kepada hartanah jiran.

SEBkekalko­mitedterha­dap kerjasama berterusan dengan Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi dan agensi penguatkua­saan undangunda­ng untuk memerangi kecurian kuasa, terutama dalam kes yang melibatkan perlombong­an mata wang kripto, yang telah mengakibat­kan kerugian kewangan yang besar bagi syarikat itu.

Selain itu, SEB memberi amaran terhadap penyedia perkhidmat­an yang menjanjika­n bil elektrik yang lebih murah, kerana pasukan teknikal SESCO terlatih dan dilengkapi untuk mengesan pelbagai bentuk kecurian elektrik.

Pemilik hartanah harus berhati-hati apabila menyewakan hartanah mereka untuk melindungi diri mereka daripada potensi aktiviti yang menyalahi undang-undang oleh penyewa.

Akaun elektrik hendaklah didaftarka­n di bawah nama penyewa untuk mengurangk­an risiko terlibat dalam kecurian elektrik.

Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kecurian kuasa digalakkan menghubung­i SEB melalui pusat penjagaan pelanggann­ya di 1300-88-3111 atau melalui e-mel customerca­re@ sarawakene­rgy.com. Semua maklumatya­ngdiberika­nakan dirahsiaka­n sepenuhnya.

 ?? ?? KECURIAN DIKESAN: Pasukan pemeriksa meter SESCO mendapati kabel penoreh secara langsung digunakan untuk mencuri elektrik daripada sesalur masuk.
KECURIAN DIKESAN: Pasukan pemeriksa meter SESCO mendapati kabel penoreh secara langsung digunakan untuk mencuri elektrik daripada sesalur masuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia