Utusan Borneo (Sarawak)

Panggung udara dicadang dibina di Taman Rekreasi Kampung Haji Baki

-

Sebuah panggung udara dicadangka­n dibina di Taman Rekreasi Kampung Haji Baki dalam usaha mengindah dan ‘menghidupk­an’ semula taman itu.

Setiausaha Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Haji Baki Fadillah Sulaiman berkata ketika ini cadangan itu masih di peringkat awal dan dibincangk­an.

“Kami mencadangk­an Taman Rekreasi Kampung Haji Baki ditukar menjadi panggung udara. Cadangan ini masih di peringkat awal, sedang dibincangk­an,” katanya kepada The Borneo Post semalam.

Menurut Fadillah, taman rekreasi itu tidak lagi berfungsi sebagai taman permainan dan telah lama tidak digunakan bagi tujuan itu.

Menurutnya ketika ini taman itu digunakan oleh segelintir individu untuk berehat atau melepak.

Fadillahju­gamendedah­kan, sebuah syarikat kontraktor dilantik membersihk­an tanam itu dari semasa ke semasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Michael Kong, pembantu khas Ahli Parlimen Stampin

Chong Cheing Jen yang mendakwa taman rekreasi itu tidak diselengga­ra dengan baik.

Menurut Fadillah lagi, Kong hanya menggunaka­n keadaan taman itu ketika ini untuk publisiti.

“Gambar yang Kong tunjukkan (dalam kenyataan akhbarnya pada Isnin) diambil sebelum pandemik COVID-19. Jadi ia tidak boleh digunakan,” dakwanya.

Sementara itu, Kong semalam pergi semula ke taman rekreasi itu bagi menyokong dakwaannya sebelum ini.

“Hari ini saya datang semula ke taman ini untuk membuktika­n yang saya tidak mereka-reka cerita. Taman ini sememangny­a amat perlu diubah suai atau dinaik taraf.

“Lihat sahaja keadaan permainan kanak-kanak di sini, rosak dan berkarat. Ini boleh mengundang bahaya atau risiko kepada semua.

“Apa yang hendak saya katakan ialah tempat yang baik seperti ini seharusnya sentiasa diselengga­ra dengan baik demi keselamata­n semua,” kata Kong ketika ditemui di Taman Rekreasi Kampung Haji Baki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia