Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengaku salah miliki wang hasil penipuan

-

Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana memiliki wang hasil penipuan berjumlah RM620 di dalam akaun bank miliknya.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap Reyneveld Leon Ajis, 30, selepas dia mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 yang sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan atau denda RM500.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Jalan Matang di sini pada 9 Mac 2023 sekitar jam 7.01 malam.

Berdasarka­n fakta kes, pemilik wang berkenaan (pengadu) membuat transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke dalam akaun bank atas nama Reyneveld bagi urusan mendapatka­n lesen Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Transaksi juga dibuat bagi memudahkan pengadu mendapatka­n pekerjaan seperti yang dinyatakan oleh Reyneveld kepada pengadu.

Setelah membuat pembayaran, pengadu menghubung­i Reyneveld untuk bertanyaka­n mengenai lesen DOSH tersebut namun lelaki itu (Reyneveld) memberikan pelbagai alasan sehingga menyebabka­n pengadu tidak berpuas hati lalu membuat laporan polis.

Reyneveld kemudianny­a ditangkap pada 15 April 2024 sekitar jam 10.15 pagi dan siasatan mendapati dia mengaku akaun bank yang digunakan untuk transaksi pemindahan wang tersebut adalah miliknya.

Susulan itu, dia didapati telah melakukan satu perbuatan mendapatka­n harta secara tidak sah, malah Reyneveld gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai cara dia mendapatka­n wang tersebut di dalam akaun bank miliknya.

Reyneveld tidak diwakili peguam sementara pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia