Utusan Borneo (Sarawak)

Cekik dan tumbuk kakak ipar, penganggur dipenjara enam bulan

-

Seorang penganggur lelaki dipenjara enam bulan di Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencekik dan menumbuk kakak iparnya, gara-gara duit.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintah­kan hukuman penjara bagi Awang Masrah Awang Mustfa, 29, yang tidak diwakili peguam, untuk dikuat kuasakan mulai semalam.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mencederak­an pengadu iaitu kakak iparnya, 34, dalam satu kejadian pada 12 April 2024, di sebuah rumah di Kampung Sejingkat Jalan Bako di sini sekitar jam 3 petang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Fakta kes mendedahka­n tertuduh mengamuk, membuat bising di rumah serta meminta wang daripada ibu kandungnya sehingga menyebabka­n pengadu menegur sikap tertuduh.

Tertuduh yang naik berang apabila ditegur bertindak mencekik mangsa di bahagian leher, selain menumbuk muka mangsa di bahagian sebelah kiri dengan tangan.

Keadaan ini menyebabka­n mangsa mengalami bengkak dan sakit di bahagian leher serta muka sebelah kiri.

Susulan itu, pengadu membuat laporan polis untuk siasatan lanjut dan tertuduh ditangkap pada hari sama sekitar jam 6.48 petang.

Laporan perubatan juga mengesahka­n mangsa mengalami lebam di leher dan di belakang bahu sebelah kanan.

Difahamkan, tertuduh mempunyai beberapa rekod lampau membabitka­n kes penyalahgu­naan dadah.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia