Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditemui mati di hadapan apartmen

Polis Miri sahkan kematian seorang pegawai teknologi makanan itu sebagai kes mati mengejut

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Polis Miri mengesahka­n kematian seorang pegawai teknologi makanan yang mayatnya dijumpai terbaring di hadapan bangunan apartmen di sini, awal pagi Ahad lalu sebagai kes mati mengejut.

Berikutan itu kata Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, satu kertas siasatan dibuka bagi mengenal pasti punca kematian si mati.

Sekitar jam 5.35 pagi, 14 April lalu katanya, polis telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan seorang lelaki yang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah apartmen di sini.

Susulan maklumat yang diterima katanya, satu laporan polis telah dibuat dan sepasukan pegawai serta anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, kita dapati seorang lelaki sedang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan unit apartmen yang didiaminya.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n malam kelmarin.

Menurut Alexson lagi, hasil pemeriksaa­n ke atas dokumen milik si mati mendapati lelaki terbabit berusia lingkungan 46 tahun, berketurun­an Melayu dan berasal dari Kuching serta bekerja sebagai pegawai teknologi makanan di bandar raya ini.

“Kematian si mati telah disahkan oleh penolong pegawai perubatan dari Hospital Miri dan mayatnya kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Miri untuk tindakan selanjutny­a,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut kerana ia akan menganggu siasatan.

Sebaliknya ujar beliau, individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini diminta tampil ke balai polis berhampira­n untuk menyalurka­n maklumat.

Setibanya di tempat kejadian, kita dapati seorang lelaki sedang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan unit apartmen yang didiaminya.

ACP Alexson Naga Chabu Ketua Polis Daerah Miri

 ?? ?? TETAMU TIDAK DIUNDANG: Seekor ular sawa batik yang menyelinap ke dalam sebuah rumah di Tudan Fasa 5 berjaya ditangkap dengan bantuan anggota bomba malam kelmarin.
TETAMU TIDAK DIUNDANG: Seekor ular sawa batik yang menyelinap ke dalam sebuah rumah di Tudan Fasa 5 berjaya ditangkap dengan bantuan anggota bomba malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia