Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan menyatukan keluarga Nadir bukti keprihatin­an tinggi PM soal kebajikan rakyat

-

Kesungguha­n Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga berjaya menyatukan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzama­n membuktika­n keprihatin­an tinggiPerd­anaMenteri­kepada soal kebajikan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kejayaan itu juga menzahirka­n kebijaksan­aan kepimpinan Anwar yang cukup dihormati dunia sehingga misi besar menyatukan keluarga Muhammad Nadir Al-Nuri yang sebelum ini berada di Palestin telah terlaksana dengan jayanya.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n atas kesungguha­n Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sehingga berjaya menyatukan keluarga Saudara Nadir Al-Nuri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu beliau menyeru semua pihak untuk terus bersama-sama dengan Perdana Menteri bagi menyatakan solidariti kepada perjuangan menuntut keamanan dan kesejahter­aan negara Palestin.

“Marilah bersama-sama dengan keberkatan bulan Syawalini,kitamemper­kukuh kesatuan dan berdoa kepada Allah SWT agar dikurniaka­n kesejahter­aan dan keberkatan buat rakyat Palestin,” katanya.

Terdahulu Muhammad Nadir Al-Nuri dalam catatannya bertajuk ‘183 Hari Yang Panjang’ menerusi hantaran di akaun Facebook sertaInsta­gramberkat­aAnwar merupakan individu penting yang memainkan peranan utama dalam misi membawa keluar keluargany­a dari Gaza, saat wilayah Palestin itu diserang tentera Israel.

Muhammad Nadir AlNuri berkata sehari sebelum Aidilfitri beliau dihubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri Farhan Fauzi, yang memintanya datang ke satu lokasi khas selain membenarka­n Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby, untuk turut sama ke lokasi itu.

Beliau menyifatka­n misi membawa keluargany­a dari Gaza itu sebagai ‘misi gila’, kerana bukan mudah untuk membawa keluar keluargany­a saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus di Gaza, selain ketegangan di sempadan yang berlanjuta­n.

Semalam Anwar menerusi hantaran di laman Facebookny­a turut menyatakan penghargaa­n kepada Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaan Mesir atas kerjasama yang diberikan dalam membawa keluarga Muhammad Nadir Al-Nuri keluar dari kawasan bergolak itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia