Utusan Borneo (Sarawak)

MAIPk sedia bantu pelajar di Mesir bawa pulang 200 kitab ulama Nusantara

-

IPOH:MajlisAgam­aIslamdan Adat Melayu Perak (MAIPk) sedia membantu pelajar tajaannya di Universiti AlAzhar di Mesir, Muhammad Nur Hadi Salehuddin membawa pulang lebih 200 kitab turath dari Mesir ke Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Syamsul Hazeman Md Salleh berkata kitab turath atau kitab tradisi ilmu Islam merupakan khazanah berharga hasil karangan ulama alam Melayu dari sekitar 1920-an hingga 1960-an.

Beliau berkata MAIPk juga sedia bekerjasam­a dengan mana-mana pihak bagi memastikan kelestaria­n khazanah berharga itu terus berkekalan.

“Antaranya termasukla­h karangan Syeikh Mohd Idris al-Marbawi dan Syeikh Jaafar Hussein yang kebanyakan­nya ditulis dalam tulisan jawi dan Aceh dari sekitar 1920 hingga 1960.

“Naskhah diperoleh daripada Maktabah al-Halabi yang juga merupakan syarikat percetakan dan penerbitan tertua di negara Timur Tengah serta daripada maktabahma­ktabah di sekitar Masjid alAzhar itu bakal ditempatka­n di Perpustaka­an Penyelidik­an MAIPk,” katanya dalam kenyataan semalam.

Syamsul Hazeman berkata ketika menghubung­i Muhammad Nur Hadi, pelajar itu memaklumka­n memerlukan dana untuk menambah koleksi karya seumpamany­a daripada sumber lain termasuk daripada maktabah-maktabah di sekitar Masjid Al-Azhar.

“Dia (Muhammad Nur Hadi) turut menyimpan hasrat untuk berkongsi karyakarya ilmiah nukilan ulama Nusantara tersebut bersama masyarakat di Malaysia melalui galeri khas atau perpustaka­an.

“Dia juga bercita-cita untuk menerbitka­n karya sendiri yang berkisarka­n pemikiran ulama-ulama Nusantara terkenal terutamany­a Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi dan Syeikh Wan Ahmad AlFattani,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Muhammad Nur Hadi yang merupakan penuntut tahun akhir Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin pengkhusus­an Pengajian Hadis telah membelanja­kan hampir RM20,000 wang simpananny­a bagi mendapatka­n kitab berkenaan.

Anak ketiga daripada lapan beradik berasal dari Padang Rengas itu mula mengumpul karya turath tulisan ulama Nusantara sejak tahun 2020. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia