Utusan Borneo (Sarawak)

Johor berhasrat bina ART bertingkat atasi kesesakan

- ISKANDAR PUTERI:

Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunk­an sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata cadangan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail untuk dibawa ke kerajaan Persekutua­n bagi diperhalus­i.

“Di peringkat negeri kita sudah dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Sultan Johor untuk kita laksanakan ART bertingkat sebagai persediaan berdepan peningkata­n jumlah pengembara ke Singapura selepas Sistem Transit Rapid (RTS) siap.

“Selainitu,JohorBahru­juga memerlukan pelbagai pilihan pengangkut­an awam untuk membolehka­n pergerakan keluar masuk orang ramai ke bandar raya ini lancar,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Perkhidmat­an Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama di Malaysia di sini semalam.

Turut hadir Pengasas yang juga Pengerusi Kumpulan Syarikat Handal Indah Lim Han Weng.

Onn Hafiz berkata kerajaan Johor komited melakukan transforma­si pengangkut­an dengan memperbany­akkan penggunaan kenderaan elektrik termasuk perkhidmat­an awam.

“Menerusi Perbadanan Pengangkut­an Awam Johor (PAJ), kita sedang melaksanak­an inisiatif untuk memperkena­lkan bas elektrik. Itu memang antara agenda kita dalam memelihara alam sekitar untuk tempoh jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, Lim berkata Handal Indah yang merupakan syarikat penyedia perkhidmat­an bas, telah melabur RM80 juta bagi membeli 60 unit bas elektrik dan membangunk­an infrastruk­tur pengecasan sendiri sebagai komitmen ke arah kelestaria­n alam.

Pada majlis itu, syarikat berkenaan turut menerima anugerah Malaysia Book of Records sebagai penyedia perkhidmat­an bas elektrik rentas sempadan pertama di Malaysia.

Perkhidmat­an bas yang dilancarka­n itu melibatkan tiga laluan termasuk Larkin Sentral, Johor Bahru-Jurong East, Singapura dan Larkin Sentral, Johor BahruBoon Lay, Singapura. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ATASI KESESAKAN: Onn Hafiz (kanan) bergambar bersama Pengasas dan Pengerusi Handal Indah Sdn Bhd Lim Han Wen pada Majlis Pelancaran Perkhidmat­an Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama Antara Malaysia dan Singapura Melalui Tambak Johor di pekarangan Mall of Medini, Iskandar Puteri semalam.
— Gambar Bernama ATASI KESESAKAN: Onn Hafiz (kanan) bergambar bersama Pengasas dan Pengerusi Handal Indah Sdn Bhd Lim Han Wen pada Majlis Pelancaran Perkhidmat­an Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama Antara Malaysia dan Singapura Melalui Tambak Johor di pekarangan Mall of Medini, Iskandar Puteri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia