Utusan Borneo (Sarawak)

Projek rumah SASaR Sungai Besi lebih 65 peratus siap: Mohamed Khaled

-

Projek perumahan bagi program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sungai Besi sudah mencapai kemajuan sebanyak 65.51 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2025.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata status terkini kemajuan projek perumahan itu adalah 21 hari lebih awal berbanding jadual asal.

“Projek ini melibatkan 3,500 unit rumah,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Tapak ke Perumahan Projek SASaR di Sungai Besi di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata selain projek SASaR di Sungai Besi, projek SASaR lain ialah KemWardieb­urndanSeta­pak yang merupakan projek rintis Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) bagi memastikan setiap anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pekerja awam kementeria­n itu dapat memiliki rumah sendiri, selaras dengan objektif Pelan Strategik MINDEF 20212025 di bawah Teras 3 iaitu ‘Pelestaria­n Kesejahter­aan Warga Kerja Pertahanan.

Beliau berkata pelaksanaa­n projek SASaR di Kem Wardieburn dan Setapak dijangka bermula tiga bulan lagi.

“Ini sebagai satu projek rintis yang digunakan untuk melihat pelaksanaa­n dan kejayaan sebelum merancang (pembinaan rumah SASaR) diperluas di tempat lain di seluruh negara.

“Selain itu, kita dapat menilai keberkesan­an pelaksanaa­n dasar dan sejauh mana pencapaian yang dilaksanak­an pihak swasta, pemaju yang berjaya diberi tanggungja­wab untuk melaksanak­annya,” katanya.

Projek SASaR Wardieburn

menyediaka­n 974 unit pangsapuri manakala projek SASaR Setapak menawarkan

6,400 unit pangsapuri dengan keseluruha­n sebanyak 10,874 unit rumah akan

dibina melalui tiga projek perumahan tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PROJEK SASAR: Mohamed Khaled melihat replika bangunan selepas meninjau tapak pembinaan perumahan bagi Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi, semalam.
— Gambar Bernama PROJEK SASAR: Mohamed Khaled melihat replika bangunan selepas meninjau tapak pembinaan perumahan bagi Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia