Utusan Borneo (Sarawak)

Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka meningkat

Hubungan akan terus berkembang dengan lebih banyak pertukaran, pergerakan rakyat di semua peringkat

- Presiden CPAFFC — Bernama

KUALA LUMPUR: Hubungan antara rakyat Malaysia dan China akan terus berkembang dengan lebih banyak pertukaran dan pergerakan rakyat di semua peringkat seiring dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun ini, kata Yang Wanming Presiden Persatuan Persahabat­an Rakyat China dengan Negara Luar (CPAFFC).

Beliau berkata Malaysia merupakan destinasi popular dalam kalangan pelancong China dan menjelang hujung tahun ini angka ketibaan pelancong China melawat Malaysia dijangka lebih tinggi daripada perangkaan dicatatkan pada masa prapandemi­k 2019.

“Dijangka angka pelancong China melawat Malaysia tahun ini mencecah 3.36 juta menjelang penghujung tahun ini berbanding 3.1 juta dalam 2019,” beliau memberitah­u Bernama dengan bantuan seorang penterjema­h selepas satu perjumpaan dengan

Persatuan Persahabat­an Malaysia-China (PPMC), di sini kelmarin.

Yang mengetuai delegasi enam ahli CPAFFC yang dalam lawatan ke Malaysia dari 14 hingga 17 April. Selain, Kuala Lumpur delegasi itu juga dijadualka­n melawat Putrajaya dan Melaka.

Mengulas lanjut mengenai Jubli Emas hubungan diplomatik Malaysia dan China, Yang berkata kerjasama antara kedua-dua negara sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.

“Pembinaan hubungan antara China dengan Malaysia amat penting. China dan Malaysia adalah rakan kongsi strategik,” katanya.

Beliau berharap hubungan antara Malaysia dan China boleh diperluask­an pada masa hadapan, termasuk menerusi pertukaran penjawat awam dalam semua sektor, mengukuhka­n bandar berkembar antara kedua-dua negara selain daripada penganjura­n lebih

Pembinaan hubungan antara China dengan Malaysia amat penting. China dan Malaysia adalah rakan kongsi strategik.

Yang Wanming

banyak dialog, persidanga­n dan simposium untuk menggalakk­an kefahaman antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata seharusnya lebih banyak pertukaran pemimpin muda, kebudayaan

dan kesenian antara keduadua negara sementara media di kedua-dua belah pihak memainkan peranan untuk menyampaik­an maklumat positif.

Sementara itu Presiden

PPMC Datuk Abdul Majid Ahmad Khan ketika ditanya mengenai perjumpaan yang diadakan di Menara Berkembar Petronas, di sini berkata kedua-dua pihak mencapai kesimpulan bahawa dalam 50 tahun lepas Malaysia dan China telah memupuk hubungan kepada apa yang disaksikan hari - amat sihat dan kuat.

“Maka tibanya ulang tahun ke-50 ini bukan hanya satu acara atau sambutan tetapi suatu manifestas­i kejayaan dan pencapaian yang kita sebenarnya capai dalam bentuk saling mempercaya­i dan menghormat­i, kefahaman dan peringkat kerjasama antara kedua-dua negara,” katanya.

Abdul Majid berkata untuk masa hadapan terdapat cadangan bahawa Malaysia seharusnya memanfaatk­an kekuatan China dalam tenaga baharu, kecerdasan buatan dan banyak lagi.

China juga telah berjaya melatih perusahaan kecil dan sederhanan­ya untuk menjadi pengeskpor­t yang baik dan ada sesuatu yang perlu dipelajari Malaysia, katanya.

Sementara itu bekas Presiden MCA dan Menteri Kesihatan Tan Sri Liow Tiong Lai yang juga menghadiri perjumpaan itu berkata beliau telah mencadangk­an lebih banyak pertukaran pelajar antara Malaysia dan China kerana pada pandangan beliau jumlah program sedemikian adalah sangat rendah ketika ini.

Pertukaran pelajar adalah pelaburan hubungan antara rakyat yang terbaik, katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? HUBUNGAN DIPLOMATIK: Yang semasa sidang media selepas satu perjumpaan dengan Persatuan Persahabat­an Malaysia-China (PPMC), di Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar Bernama HUBUNGAN DIPLOMATIK: Yang semasa sidang media selepas satu perjumpaan dengan Persatuan Persahabat­an Malaysia-China (PPMC), di Kuala Lumpur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia