Utusan Borneo (Sarawak)

Bicara kes saman bekas menteri terhadap Aliff Syukri bermula 8 Januari 2026

- KUALA LUMPUR:

Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan tiga hari bermula 6 Januari 2026 untuk perbicaraa­n kes saman difailkan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelanconga­n Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir terhadap ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzama­n berhubung kenyataan fitnah membabitka­n hutang pelaburan puluhan juta ringgit.

Hakim Datuk Ahmad ShahrirMoh­dSallehmen­etapkan 6 hingga 8 Januari 2026 sebagai tarikh bicara dan 5 Julai ini, ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutny­a.

Terdahulu, peguam T. Dheenish mewakili Abdul Kadir selaku plaintif berkata anak guamnya akan memberi keterangan pada perbicaraa­n kes saman itu.

“Kemungkina­n pihak plaintif akan memanggil beberapa saksi daripada portal berita yang menerbitka­n dakwaan defendan (Aliff Syukri), yang dimuat naik di Instagram dan Facebook milik defendan,” kata peguam itu.

Peguam Mohd Tajudin Abd Razak yang mewakili Aliff Syukri pula berkata pihak defendan akan mengemukak­an dua saksi, iaitu anak guamnya sendiri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk memberi keterangan di mahkamah.

Abdul Kadir, 84, yang memfailkan saman pada 6 September 2023 berkata Aliff Syukri, 37, yang terlibat dalam industri hiburan dengan jumlah pengikut yang ramai dalam platform media sosial iaitu Facebook, Instagram dan lain-lain, didakwa telah mengeluark­an kenyataan fitnah terhadap plaintif di Instagram dan Facebook miliknya pada 2 Julai 2023.

Bekas menteri penerangan itu mendakwa, kenyataan itu membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan berjuta-juta ringgit, selain gambar plaintif yang diletakkan pada kenyataan tersebut telah mengundang komen negatif daripada pembaca.

Oleh itu, plaintif menuntut antaranya defendan membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang dinilai oleh mahkamah, selain perintah supaya defendan memberikan aku janji bertulis untuk tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif serta permohonan maaf tanpa syarat yang disiarkan di akaun media sosial defendan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah ini.

Sementara itu, Aliff Syukri menerusi pernyataan pembelaann­ya mendakwa beliau telah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan plaintif, defendan serta dua syarikat.

“Pihak-pihak di dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang yang telah dilaburkan oleh saya dan segala pelanggara­npelanggar­an janji sedemikian termasuk aku janji yang diberikan plaintif kepada saya adalah di dalam pengetahua­n plaintif sendiri,” dakwa defendan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia