Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Rayuan tetapkan 9 Julai untuk dengar permohonan Muhyiddin

-

Mahkamah Rayuan menetapkan 9 Julai ini untuk mendengar permohonan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatka­n kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembali­kan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitka­n RM232.5 juta terhadapny­a.

Mahkamah juga pada hari yang sama akan mendengar bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan Muhyiddin itu dengan alasan permintaan­nya remeh dan ia menyalahgu­nakan proses mahkamah.

Tarikh berkenaan ditetapkan semalam susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.

Peguam Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mengesahka­n tarikh itu ketika dihubungi Bernama berkata ketika pengurusan kes, pihak pembelaan telah memohon bagi mendapatka­n panel lima hakim untuk mendengar permohonan Muhyiddin.

Hisyam berkata penolong pendaftar kanan itu bagaimanap­un meminta mereka menulis kepada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim bagi menimbangk­an permohonan itu.

Muhyiddin yang turut diwakili tujuh peguam lain termasuk Datuk K. Kumaraendr­an dan Chetan Jethwani, memfailkan permohonan itu pada 27 Mac lepas bagi memohon mahkamah mengetepik­an keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini dalam mengembali­kan semula empat pertuduhan terhadapny­a (Muhyiddin) yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam notis usulnya Muhyiddin berkata keputusan Mahkamah Rayuan adalah terbatal atau menyalahi undang-undang kerana ia dibuat tanpa bidang kuasa seperti yang dikehendak­i di bawah Seksyen 50(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia