Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bakar kereta kerana cemburu, dendam ditahan

Suspek dilihat buka pintu kereta mangsa, baling sesuatu ke dalam kereta dipercayai dengan niat untuk membakar

- Oleh Vivi Olviana Najurus Deputi Superinten­den Ismail Abdullah Ketua Polis Daerah Beaufort

BEAUFORT: Tindakan seorang lelaki membakar sebuah kereta milik individu yang dipercayai ada hubungan dengan isterinya membawa padah selepas ditahan polis di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­den Ismail Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati suspek berumur dalam lingkungan 30-an terbabit dikatakan datang ke rumah mangsa.

Katanya, suspek kemudian dilihat membuka pintu hadapan kereta mangsa dan membaling sesuatu ke dalam kereta mangsa yang dipercayai dengan niat untuk membakar, lalu bergegas meninggalk­an lokasi.

“Kelibat suspek dan perbuatann­ya itu bagaimanap­un dilihat abang ipar mangsa yang memeriksa kenderaan itu sebelum mendapati bahagian dalam kereta mangsa terbakar.

“Hasil pemeriksaa­n pada kereta mangsa didapati bahagian kerusi hadapan sebelah pemandu, tali pinggang, stering, dashboard dan lapis bumbung terbakar,” katanya.

Menurutnya, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM20,000 akibat kejadian itu.

“Bertindak dengan laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Khas (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menahan suspek di Sipitang, pada 6.30 petang Sabtu.

“Berdasarka­n temu bual awal, suspek mengaku membakar dan menyembur kereta mangsa menggunaka­n cat hitam.

“Perbuatan itu dilakukan disebabkan suspek cemburu dan dendam kerana mendakwa mangsa ada hubungan dengan isteri suspek,” katanya.

Ismail berkata, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 21 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Kelibat suspek dan perbuatann­ya itu bagaimanap­un dilihat abang ipar mangsa yang memeriksa kenderaan itu sebelum mendapati bahagian dalam kereta mangsa terbakar.

 ?? ?? TERBAKAR: Keadaan bahagian dalam kereta mangsa selepas dibakar suspek.
TERBAKAR: Keadaan bahagian dalam kereta mangsa selepas dibakar suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia