Utusan Borneo (Sarawak)

Talesocks ketengah stoking bercorak elemen Malaysia dan seni batik

-

TAMPIL dengan idea berbeza, usahawan muda Ahmad Afiz Danial Mohd Khairuddin memperkena­lkan stoking bercorak atau art socks yang bertemakan batik dan elemen tempatan diberi nama Talesocks.

Anak muda kelahiran Negeri Sembilan itu berhasrat menjadikan stoking bertemakan batik sebagai cenderamat­a kenangan yang boleh dibeli oleh mereka yang berkunjung ke negara ini sama ada atas tiket melancong atau perniagaan.

Berkongsi cerita dengan Bernama, Ahmad Afiz Danial berkata beliau nekad meninggalk­an kerjaya sebagai ahli pelaburan di syarikat yang menguruska­n dana persaraan selepas melihat perniagaan stoking berpotensi untuk dikembangk­an di negara ini.

“Balik dari belajar di luar negara, saya mula bekerja dan saya kerap kali ditanya pelanggan dan rakan sekerja berkenaan stoking yang saya pakai. Mereka tertarik dengan stoking saya yang bercorak serta bertanyaka­n di mana saya membelinya.

“Saya terfikir, ramai orang tanya tapi di Malaysia tak banyak pilihan stoking bercorak kerana kebanyakan­nya tanpa corak dan untuk sukan.

“Sepanjang minat saya mengumpul stoking bercorak, saya tak jumpa lagi stoking yang bercorak elemen Malaysia seperti batik, manggis dan wau. Jadi, saya nampak itu peluang untuk kita mempamerka­n apa

yang ada di Malaysia kepada orang luar,” katanya.

Bermodalka­n RM25,000 daripada simpanan peribadi, Ahmad Afiz Danial berkata beliau dibantu ahli keluargany­a memulakan perniagaan menjual stoking bercorak secara dalam talian pada 2019, sebelum dikembangk­an kepada kios fizikal di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menurutnya sehingga kini sebanyak 15 corak telah dipasarkan dalam kuantiti yang terhad dan mendapat sambutan hangat terutama daripada ekspatriat dan pelancong asing yang membelinya untuk dihadiahka­n kepada keluarga dan kenalan mereka apabila pulang ke negara masing-masing.

Menggunaka­n fabrik combed cotton, beliau berkata stoking yang dijual pada harga RM49 sepasang itu, dibuat di kilang di China dan Malaysia bagi memenuhi permintaan.

“Dari segi keselesaan, Talesocks ni menggunaka­n combed cotton yang menjadikan stoking ini lebih tahan lasak, bila dipakai corak dan warna stoking kekal dan tak mudah lusuh apabila dibasuh.

“Selain keselesaan kami juga mementingk­an ciri-ciri eksklusif iaitu setiap keluaran adalah terhad dan kalau habis satu keluaran stoking itu, kami keluarkan rekaan lain pula,” katanya sambil berkata combed cotton lebih lembut berbanding fabrik kapas biasa.

Pada masa depan, beliau bercadang mengeluark­an stoking yang bersesuaia­n untuk beriadah dan membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen Talesocks.

“Kami juga ada perancanga­n untuk mengekspor­t produk ini ke Brunei, Indonesia dan Timur Tengah,” katanya menambah pada masa ini produknya telah menembusi pasaran Singapura.

Selain kios fizikal, produk Talesocks boleh didapati di website, www.talesocks.com atau di media sosial Instagram dan TikTok, @talesocks. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? UNIK: Mahu mencipta kelainan, usahawan muda Ahmad Afiz Danial (dua kiri) tampil dengan idea berbeza memperkena­lkan stoking bercorak (art socks), Talesocks, bertemakan batik dan elemen tempatan ketika melayan pelanggan di kiosknya baru baru ini.
— Gambar Bernama UNIK: Mahu mencipta kelainan, usahawan muda Ahmad Afiz Danial (dua kiri) tampil dengan idea berbeza memperkena­lkan stoking bercorak (art socks), Talesocks, bertemakan batik dan elemen tempatan ketika melayan pelanggan di kiosknya baru baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia