Utusan Borneo (Sarawak)

KPKM giat kenal pasti golongan terlibat subsidi bersasar: Mohamad

-

Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) giat menjalanka­n sesi libat urus bersama pihak berkepenti­ngan dalam usaha mengenal pasti golongan sasar yang akan terlibat dalam pelaksanaa­n penyaluran subsidi secara bersasar.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia khususnya melibatkan pemain industri daripada sektor tanaman, ternakan, perikanan dan penyediaan perkhidmat­an pertanian di bawah kementeria­n itu.

Beliau berkata penelitian secara terperinci perlu dilaksana bagi memastikan subsidi disalurkan kepada golongan sasar yang selayaknya sekali gus memastikan peruntukan kerajaan dapat dibelanjak­an secara efisien.

“KPKMsentia­samenyokon­g hasrat kerajaan dalam usaha untuk melaksanak­an penyaluran subsidi secara bersasar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Mohamad dalam hantaran sama berkata beliau juga menghadiri Mesyuarat Skim Kawalan Subsidi (SKD) 2.0 secara dalam talian bersama Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Pengangkut­an serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Wisma Tani, Putrajaya semalam.

Pada 2 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarka­n sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi menjamin penyelaras­an subsidi serta bantuan lebih adil selain mengelakka­n ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi yang selama ini dinikmati golongan tidak selayaknya.

Pengenalan sistem itu adalah selaras dengan pendekatan transforma­si digital negara dengan jaminan setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia