Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha mengiktira­f boria sebagai Warisan Dunia UNESCO

-

Akademi Boria mengharapk­an bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang dan Jabatan Warisan Negara dalam usaha untuk mengiktira­fseniperse­mbahan boria sebagai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengarahny­a Jibran Khalil Sindamadar berkata boria wajar diangkat sebagai warisan dunia kerana ia merupakan seni unik yang wujud di negara ini sejak abad ke-19 dengan merangkumk­an empat cabang dalam satu persembaha­n iaitu sketsa atau lakonan, rangkap karangan (lirik), tukang karang (nyanyian) dan gerak tari tambahan.

Justeru, beliau berkata akademi itu sedang berusaha memperjuan­gkan supaya boria disenaraik­an sebagai Warisan Dunia UNESCO agar ia dapat dipertahan­kan seterusnya menjadi satu warisan yang tidak hilang ditelan zaman.

“Usaha telah dibuat sejak 2018 lagi apabila kita bersama Presiden Pertubuhan Jawi Peranakan Datuk Dr Wazir Jahan Karim ketika beliau melancarka­n buku Boria: From Passion Play To MalayJawi Peranakan Parody telah mencadangk­an agar boria disenaraik­an sebagai warisan hidup UNESCO.

“Permohonan juga pernah diserahkan kepada Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang ketika itu Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya. Kita masih mengharapk­an kerajaan negeri, Jabatan Warisan dan pihak Georgetown World Heritage dapat membantu,” katanya kepada Bernama pada Majlis Jamuan Yaribba Boria Raya 2024 di sini malam kelmarin.

Pada majlis itu seramai 13 individu termasuk Jibran Khalil menerima Sijil Seniman Boria yang disampaika­n Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, sebagai pengiktira­fan dan penghargaa­n terhadap penggiat boria yang menyumbang tenaga serta kreativiti dalam memartabat­kan seni itu sejak berpuluh tahun.

Menurut Jibran Khalil selain menuntut pengiktira­fan UNESCO, pihaknya turut mengusulka­n supaya nama Jalan Boria menggantik­an Lorong Kulit kerana di situ merupakan tempat kemegahan persembaha­n boria pada awal tahun 50-an.

Dalam pada itu, beliau berkata akademi yang ditubuhkan 10 tahun lepas itu, kini giat berusaha memulihara boria dengan masuk ke sekolah rendah dan menengah untuk mencari pelapis dalam kalangan generasi muda sebagai penyambung kepada warisan tersebut.

Akademi Boria juga dalam perancanga­n untuk menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi bagi menjadikan akademi itu sebagai pusat penyelidik­an dan pedagogi agar kesenian boria dapat diperkasak­an serta diwarisi generasi akan datang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIANGKAT JADI WARISAN DUNIA: Seniman Veteran Boria melakukan persembaha­n pada Majlis Jamuan Yaribba Boria Raya 2024 malam semalam.
— Gambar Bernama DIANGKAT JADI WARISAN DUNIA: Seniman Veteran Boria melakukan persembaha­n pada Majlis Jamuan Yaribba Boria Raya 2024 malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia