Utusan Borneo (Sarawak)

MKN fokus mantapkan kerjasama agensi kawal keselamata­n di sempadan

-

Kerjasama erat antara agensi keselamata­n dalam melaksanak­an kawalan dan operasi bersepadu dapat memastikan keselamata­n di sempadan antarabang­sa Malaysia-Thailand terus terpelihar­a sekali gus menjamin keselamata­n negara.

Pengarah Keselamata­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Kedah Zuraini Mohd Yusof berkata kerjasama itu sangat penting memandangk­an negeri ini mempunyai keluasan sempadan yang agak besar dengan negara jiran.

“Keselamata­n di sempadan itu menjadi keutamaan kita (MKN). Memang kita sasar untuk capai sifar penceroboh­an walaupun susah nak realisasik­an, tapi kita beri keutamaan supaya dapat meminimumk­an penceroboh­an daripada berlaku.

“MKN menyelaras operasi menyeluruh melibatkan agensi-agensi keselamata­n di negara kita... kolaborati­f antara jabatan terutama agensi di bawah Kementeria­n Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri sendiri sangat baik,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Zuraini berkata kerjasama rapat termasuk melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, polis dan pasukan tentera yang bersama-sama melaksanak­an kawalan keselamata­n ketika ini berjaya meminimumk­an kes melibatkan keselamata­n di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Zuraini berkata MKN Kedah sememangny­a memberi fokus utama berkaitan keselamata­n sempadan di negeri ini yang mempunyai pintu masuk sempadan di darat, laut dan udara.

Beliau berkata walaupun jumlah kes penceroboh­an melibatkan pendatang tanpa izin di negeri ini masih minimum, namun usaha membantera­s aktiviti itu dan jenayah lain yang mengancam keselamata­n negara perlu sentiasa dipertingk­atkan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan rakyat juga perlu sentiasa diberi kesedaran berkenaan ancaman keselamata­n dan boleh memainkan peranan untuk membantera­snya serta tidak meletakkan tanggungja­wab itu kepada agensi kerajaan semata-mata.

“Setiap daripada kita mempunyai tanggungja­wab untuk menjaga keselamata­n negara dan kami percaya kesedaran ini perlu dipupuk daripada awal iaitu di peringkat sekolah... termasuk di peringkat institusi pengajian tinggi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia