Utusan Borneo (Sarawak)

KPT terus pantau situasi pelajar Malaysia di Timur Tengah

- Oleh Nurin Abdullah

Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus memantau keadaan pelajar Malaysia di Timur Tengah susulan konflik yang tercetus antara negara Iran dan Israel. Konflik ini telah secara tidak langsung mencetus kerisauan terhadap negaranega­ra jiran seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Iraq.

“KPT sedang memantau keadaan melalui pejabat Education Malaysia (EM) di

Jordan dan Dubai serta sentiasa berkomunik­asi dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Amman, Jordan untuk memperoleh maklumat terkini mengenai keadaan pelajar di sana,” demikian menurut kenyataan media KPT.

Menurut kenyataan media itu lagi, pihak berkuasa juga memaklumka­n akan penutupan ruang udara di beberapa negara terlibat. KPT juga akan mengadakan perbincang­an bersama pihak berkenaan untuk sebarang tindakan lanjut, termasuk jika perlu membawa pulang pelajar dari negara-negara berkaitan.

Pada masa ini, terdapat seramai 1,872 pelajar Malaysia di Jordan, 37 orang di Syria, lapan pelajar di Iran dan tiada pelajar di Lubnan dan Iraq.

KPT menggesa pelajarpel­ajar Malaysia di negara terlibat untuk terus bertenang, sentiasa berwaspada dengan situasi terkini dan patuh arahan pihak berkuasa.

Untuk sebarang pertanyaan, ibu bapa dan pelajar boleh menghubung­i Kedutaan Malaysia di Tehran, Iran di talian (+9821) 8807 2444 atau (+9821) 8807 8606 atau melalui emel di mwtehran@kln.gov. my dan mwconsular.teh@ gmail.com.

Bagi Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan, boleh dihubungi di (+962) 6590 2400 atau (+962) 78590 2400 atau melaui e-mel di mwamman@kln.gov.my dan amm. uhep@gmail.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia