Utusan Borneo (Sarawak)

MOT dapatkan pandangan PDRM, MKN, tingkat keselamata­n lapangan terbang

-

KUALA LUMPUR: Pandangan pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN), akan diperoleh dalam meneliti penambahba­ikan aspek keselamata­n di lapangan terbang di seluruh negara.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke berkata ini termasuk cadangan agar pihak lapangan terbang mengadakan pengimbas, supaya pengesanan awal dapat dilakukan terhadap orang awam yang membawa barangan terlarang seperti mercun dan senjata api.

“Langkah menambah baik aspek keselamata­n ini memerlukan perbincang­an lanjut antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) selaku operator atau pengendali lapangan terbang.

“Jadi saya menyerahka­n kepada mereka untuk mengadakan perbincang­an, sebab ini melibatkan soal operasi dan apa-apa perubahan terhadap prosedur operasi standard (SOP) di lapangan terbang, perlulah diadakan perbincang­an lebih lanjut terlebih dahulu, kemudian baharulah kementeria­n mengambil maklum,” katanya.

Beliau mengulas insiden tembak di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad, ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Stesen Pengecasan EV, Evlution di RHB Centre, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi Ahad, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadany­a terkena pengawal peribadi kepada isterinya.

Kejadian berlaku ketika wanita itu sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan.

Polis setakat ini mengklasif­ikasikan motif kes berkaitan perihal peribadi dan suspek telah direman tujuh hari bermula semalam, selepas ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, Kelantan kira-kira pukul 3 petang kelmarin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Anthony Loke menyampaik­an ucapan pada majlis pelancaran pemasangan Stesen Pengecas Evlution di Menara RHB semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Anthony Loke menyampaik­an ucapan pada majlis pelancaran pemasangan Stesen Pengecas Evlution di Menara RHB semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia