Utusan Borneo (Sarawak)

Biden, PM Iraq setuju bincang pengundura­n tentera pakatan

-

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Perdana Menteri Iraq Mohamed Shia alSudani kelmarin berkata mereka akan terus berusaha ke arah pengundura­n pasukan tentera pakatan yang diketuai oleh AS di negara tersebut.

Pertemuan mereka di Rumah Putih muncul ketika ketegangan meningkat di Timur Tengah selepas negara jiran Iraq, Iran melancarka­n serangan udara besar-besaran terhadap sekutu AS, Israel pada hujung minggu.

Pakatan tentera diketuai oleh AS telah ditubuhkan pada 2014 bagi menentang kumpulan IS – pada tahun ketika IS telah menawan hampir satu pertiga daripada wilayah Iraq dan kawasan di negara jiran Syria.

Iraq telah mencuba untuk mengelak ketegangan wilayah ketika perang selama enam bulan oleh Israel terhadap kumpulan pejuang Palestin Hamas yang disokong oleh Iran sejak pertempura­n meletus di Gaza pada 7 Oktober.

Kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan Iran, termasuk sebahagian yang berpusat di Iraq, telah melancarka­n satu siri serangan ke atas beberapa fasiliti dimiliki oleh AS, yang merupakan sekutu utama Israel.

Iraq, berharap tidak akan terlibat dalam ketegangan AS-Iran, membantah sepenuhnya serangan dron AS pada Februari yang mengorbank­an seorang ketua militia Iraq, dilakukan dalam tindakan balas terhadap serangan yang membunuh tiga anggota perkhidmat­an AS di Jordan.

Namun ketegangan kemudian mulai reda dan Washington bersama Baghdad meneruskan rundingan mengenai masa depan pakatan.

Dalam satu kenyataan bersama,BidendanSu­daniberkat­a mereka telah membincang­kan mengenai “evolusi semula jadi pakatan dalam perkembang­an ketara sepanjang tempoh 10 tahun lalu.”

“Kami sekarang akan melihat kepada isu-isu termasuk ancaman yang berterusan dari IS, perlunya sokongan bagi kerajaan Iraq yang rapuh dan memperkuku­hkan pasukan keselamata­n Iraq,” kata keduadua pemimpin itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia