Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan remaja tikam biskop di gereja Sydney

-

Polis Australia kelmarin menyifatka­n serangan tikaman pisau semasa sesi sembahyang yang disiarkan secara langsung di sebuah gereja di Sydney sebagai tindakan “pengganas” yang bermotifka­n agama, sementara mereka menggesa masyarakat tempatan yang marah untuk bertenang.

Dua orang ditikam apabila seorang suspek berusia 16 tahun meluru ke altar di sebuah gereja Assyria di barat Sydney lewat kelmarin, menikam biskop yang sedang menyampaik­an khutbah.

Remaja itu terus ditewaskan oleh ahli-ahli gereja yang marah dan dibawa ke dalam tahanan polis.

Pelaku itu “dikenali oleh polis” tetapi tidak berada dalam mana-mana senarai perhatian keganasan, menurut pegawai kanan.

“Selepas mempertimb­angkan semua bahan, saya mengisytih­arkan bahawa ia sebagai insiden pengganas,” kata pesuruhjay­a polis New South Wales, Karen Webb pada sidang akhbar.

Webb berkata serangan itu disifatkan sebagai tindakan “pelampau” bermotifka­n agama dan ia menakutkan orang ramai, sambil menambah bahawa mangsa “bernasib baik kerana masih hidup”.

Ketua agensi pengintip terkemuka Australia berkata, suspek bertindak sendirian dan tahap ancaman keganasan di negara itu tidak perlu dinaikkan.

“Pada peringkat ini, ia kelihatan seperti tindakan seorang individu,” kata ketua Pertubuhan Perisikan Keselamata­n Australia, Mike Burgess.

“Pada ketika ini, tiada tanda-tanda orang lain terlibat, tetapi perkara itu masih dalam siasatan terbuka.”

Tiga orang lagi dirawat kerana luka bukan tikaman yang dialami dalam serangan itu dan kira-kira 30 lagi dirawat selepas rusuhan yang berlaku di luar gereja.

Selama tiga jam, lebih 500 penunjuk perasaan bertempur dengan kumpulan polis rusuhan yang berusaha untuk menghalang mereka daripada memasuki semula gereja dan membunuh remaja itu.

Dia kini ditahan di lokasi yang tidak didedahkan dan dipercayai turut mengalami kecederaan akibat tikaman pisau. Pada asalnya, pihak berkuasa menyatakan umur suspek sebagai 15 tahun.

Seorang wartawan AFP yang berada di tempat kejadian lewat kelmarin melihat bahan letupan dilemparka­n sebelum polis menggunaka­n perisai rusuhan dan perisai badan menolak penunjuk perasaan dari gereja.

Dua puluh kenderaan polis dan beberapa rumah rosak apabila penunjuk perasaan membaling botol, batu bata dan barangan lain.

Seorang pegawai polis dipukul dengan objek logam

dan mengalami kecederaan lutut terkehel dan gigi patah, kata jurucakap polis.

“Seorang lagi pegawai polis mengalami patah rahang selepas dipukul dengan bata dan papan pagar,” tambahnya.

Keadaan berjaya ditenangka­n akhirnya, tetapi lebih ramai pegawai dikerahkan ke kawasan kejiranan tersebut untuk melindungi tempattemp­at beribadah tempatan.

Kejadian ini berlaku dua hari selepas seorang lelaki dengan pisau membunuh enam orang di sebuah pusat beli-belah di timur bandar itu sebelum ditembak mati oleh polis.

 ?? — Gambar AFP ?? PANTAS BERTINDAK: Pegawai forensik polis dilihat di luar gereja di Sydney kelmarin di mana seorang remaja didakwa menikam biskop semasa upacara sembahyang.
— Gambar AFP PANTAS BERTINDAK: Pegawai forensik polis dilihat di luar gereja di Sydney kelmarin di mana seorang remaja didakwa menikam biskop semasa upacara sembahyang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia