Utusan Borneo (Sarawak)

Kilat, hujan lebat ragut 41 nyawa di Pakistan

NDMA beri amaran mengenai tanah runtuh, banjir kilat tatkala hujan lebat dijangka berterusan

-

LAHORE: Sekurangku­rangnya 41 orang terkorban dalam insiden berkaitan dengan hujan lebat di sekitar Pakistan sejak Jumaat lalu, termasuk 28 yang maut akibat panahan kilat, kata pihak berkuasa kelmarin.

Pihak berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) di Pakistan telah memberikan amaran mengenai kejadian tanah runtuh dan banjir kilat kerana lebih banyak hujan dijangkaka­n dalam masa beberapa hari akan datang.

Punjab, wilayah paling besar dan paling padat penduduk di Pakistan, mencatatka­n angka kematian paling tinggi, dengan 21 orang maut di antara Jumaat dan Ahad lalu.

“Saya sudah meminta pihak NDMA untuk menyelaras­kan dengan wilayah... dan juga menyediaka­n barangan bantuan ke kawasan di mana kemusnahan telah berlaku,” kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif kelmarin.

Penduduk di kawasan luar bandar dan terbuka adalah lebih berisiko untuk dipanah kilat ketika ribut petir.

Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban di wilayah Balochista­n, termasuk tujuh yang dipanah kilat, di mana 25 daerah dilanda hujan lebat dan beberapa kawasan yang banjir.

Semua sekolah di wilayah terjejas telah diarahkan ditutup kelmarin dan semalam, menangguhk­an kepulangan pelajar selepas cuti Aidilfitri baru-baru ini.

Empat orang terkorban dalam kemalangan jalan raya yang dikaitkan dengan jalan dilanda banjir di selatan wilayah Sindh.

Seramai lapan orang lagi terkorban di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhw­a, termasuk empat kanakkanak, ketika beberapa rumah roboh dalam hujan lebat.

Pengerusi Parti Rakyat Pakistan Bilawal Bhutto Zardari, ketika bercakap kepada media tempatan, telah mempersala­hkan perubahan iklim bagi peningkata­n dalam insiden kilat.

Pakistan telah semakin terdedah kepada corak cuaca di luar jangkaan, termasuk hujan monsun yang memusnahka­n yang biasanya muncul pada bulan Julai. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BANJIR KILAT: Kanak-kanak dilihat mengharung­i banjir berhampira­n jalan raya yang rosak selepas hujan lebat di pinggir bandar Quetta kelmarin.
— Gambar AFP BANJIR KILAT: Kanak-kanak dilihat mengharung­i banjir berhampira­n jalan raya yang rosak selepas hujan lebat di pinggir bandar Quetta kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia