Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek kes tembak di KLIA cuba lari ke luar negara

Berdasarka­n rekod perjalanan, suspek sering ke luar negara serta memiliki pasport, matawang Riyal, Baht

- — Bernama

KOTA BHARU: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi Ahad lepas sebelum ditahan di Kota Bharu kelmarin, dipercayai cuba meloloskan diri melalui sempadan negara.

“Suspek memiliki empat kad pengenalan diri milik orang lain dan satu daripada kad pengenalan itu digunakan ” untuk membuat pendaftara­n hotel. Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ia berdasarka­n rekod perjalanan suspek yang sering ke luar negara, selain memiliki pasport serta sejumlah mata wang asing Riyal dan Baht.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan semalam, beliau berkata polis juga sedang memperhalu­si kaedah digunakan suspek dipercayai untuk melarikan diri ke luar negara.

“Rekod perjalanan yang kita kaji sebelum ini memang suspek kerap ke luar negara seperti ke Arab Saudi dan Thailand sebelum masuk ke Malaysia.

“… ya, memang wujud usaha suspek untuk melarikan diri melalui sempadan negara dan kita masih mengumpul maklumat itu,” katanya.

Mengulas mengenai sama ada suspek ada membuat permohonan visa untuk ke luar negara, Mohd Shuhaily berkata perkara itu masih disiasat.

Mohd Shuhaily berkata siasatan awal mendapati suspek tiba di Kelantan pada 14 April lepas dengan menggunaka­n kereta yang sama iaitu Honda Civic, namun menukar nombor plat pendaftara­n kereta itu bagi mengelak pergerakan­nya dikesan.

Menurutnya sebelum ditahan, lelaki tersebut menginap di sebuah hotel di Kota Bharu.

“Suspek memiliki empat kad pengenalan diri milik orang lain dan satu daripada kad pengenalan itu digunakan untuk membuat pendaftara­n hotel,” katanya.

Beliau berkata suspek menggunaka­n kad pengenalan milik orang lain untuk mengelakka­n dirinya dikenal pasti orang awam dan dikesan oleh pihak berkuasa.

“Hasil intipan dilakukan, polis menahan lelaki itu berhampira­n sebuah hospital swasta pada kira-kira 3 petang dan berlaku pergelutan,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata lelaki itu pergi ke hospital swasta berkenaan untuk mengambil laporan lengkap pemeriksaa­n kesihatan miliknya yang telah siap, sebelum ditahan.

Mengulas sama ada lelaki itu mempunyai rangkaian lain dalam kes tembak itu, Mohd Shuhaily berkata suspek bergerak secara bersendiri­an tanpa dibantu individu lain.

“Senjata api dimiliki suspek juga dipercayai diperoleh secara haram dari negara jiran, bagaimana kaedah suspek memperoleh­nya, kita akan siasat,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata pemeriksaa­n tahap kesihatan mental suspek didapati normal dan tindakan lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah isterinya, dirancang oleh suspek sendiri.

“Selepas suspek melepaskan tembakan di KLIA (Lapangan Terbang Antarabang­saKualaLum­pur),lelaki berkenaan tidak ke tempat lain atau tidak berjumpa

dengan mana-mana individu untuk meminta bantuan, sebaliknya meneruskan perjalanan ke Kelantan,” katanya.

Beliau berkata seminggu sebelum kejadian tembak itu, suspek baru sahaja pulang dari Arab Saudi dan seterusnya ke Bangkok, Thailand dan masuk ke negara ini melalui Kelantan.

Sementara itu, polis turut merampas antaranya sepucuk pistol jenis Glock 19, satu kelopak mengandung­i lapan

butir peluru hidup di dalamnya dan sekotak mengandung­i 24 butir peluru hidup, sebuah kereta Honda Civic, enam telefon bimbit pelbagai jenama, sejumlah mata wang asing Riyal dan Baht dan pasport.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahka­n suspek terlibat dengan kejadian tersebut ditahan pada kirakira 3 petang kelmarin, di satu lokasi di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi pada Ahad lepas, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadany­a terkena pengawal peribadi kepada isterinya.

Pengawal peribadi berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Mohd Shuhaily melihat barang rampasan pada sidang media berkenaan tangkapan seorang suspek kes tembak Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Mohd Shuhaily melihat barang rampasan pada sidang media berkenaan tangkapan seorang suspek kes tembak Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia