Utusan Borneo (Sarawak)

Wirtz, Xhaka terus kekal bersama Leverkusen

-

DORTMUND: Florian Wirtz dan Granit Xhaka akan terus kekal bersama juara baharu Bundesliga Jerman, Bayer Leverkusen selepas musim panas ini, menurut pengarah sukan kelab, Simon Rolfes semalam.

Leverkusen menjulang kejuaraan liga yang pertama dalam sejarah 120 tahun kelab apabila membelasah Werder Bremen 5-0 pada Ahad, dengan Wirtz menjaringk­an hatrik dan Xhaka juga menjaringk­an satu gol.

Kejuaraan mengejut itu, yang menamatkan penguasaan 11 tahun Bayern Munich selaku juara Jerman, menyebabka­n spekulasi di mana beberapa pemain kelab akan pergi, termasuk Wirtz yang masih berusia 20 tahun.

Dalam satu temu bual dengan akhbar Spiegel yang diterbitka­n pada Isnin, sehari selepas kejayaan Leverkusen, Rolfes berkata “Granit akan terus kekal, begitu juga Florian”.

Wirtz, dianggap sebagai bintang masa depan bola sepak dunia, “adalah seseorang yang boleh dike

nali. Dengan kemahiran dan kemampuann­ya, dia adalah pemain yang sangat penting dan sangat istimewa untuk kejayaan di masa hadapan.”

Xhaka, yang menyertai Leverkusen dari kelab Arsenal sebelum bermula musim ini, bermain lebih kerap berbanding mana-mana pemain dalam liga untuk skuad kendalian Xabi Alonso itu.

Leverkusen hanya memenangi

dua kejuaraan utama sepanjang sejarah kelab sebelum kejayaan terbesar mereka pada Ahad, tetapi mereka berada di landasan untuk memenangi tiga kejuaraan musim ini.

Leverkusen, masih belum tewas selepas 43 perlawanan, melangkah ke final Piala Jerman dan mempunyai kelebihan 2-0 dari perlawanan suku akhir Liga Europa menentang West Ham United, dengan

perlawanan kedua berlangsun­g di London Khamis ini.

Rolfes juga menolak perubahan besar dalam pasukan pada musim panas akan datang.

“Jika kami melakukan sebarang perubahan besar pada musim panas ini, ia mungkin hanya untuk membawa pemain hebat seperti Granit, yang merupakan pemain yang sentiasa diturunkan,” katanya.

 ?? — Gambar AFP ?? KONGSI KEGEMBIRAA­N: Xhaka (tengah) meraikan gol bersama rakan sepasukan pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayer Leverkusen menentang Werder Bremen di Leverkusen, baru-baru ini.
— Gambar AFP KONGSI KEGEMBIRAA­N: Xhaka (tengah) meraikan gol bersama rakan sepasukan pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayer Leverkusen menentang Werder Bremen di Leverkusen, baru-baru ini.
 ?? ?? WIRTZ
WIRTZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia