Utusan Borneo (Sarawak)

Terzic gesa anak buahnya untuk berikan segala-galanya dalam perlawanan menentang Atletico

- — AFP

DORTMUND: Jurulatih kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund, Edin Terzic berkata pada Isnin bahawa pasukannya harus memberikan segala-galanya dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid selepas “dihukum” pada perlawanan pertama.

Dortmund ketinggala­n 1-2 selepas perlawanan pertama di Madrid, di mana kesilapan individu membolehka­n Atletico mendahului 2-0 pada minit ke-30.

Dortmund merapatkan kedudukan menerusi gol Sebastien Haller, namun penyerang itu tidak akan dapat beraksi pada perlawanan kedua kerana kecederaan.

Terzic berkata Dortmund “dihukum”oleh“ketenangan” Atletico tetapi menyokong pasukannya untuk mengubah nasib mereka di hadapan 81,500 penonton di Westfalens­tadion, yang terkenal dengan ‘Dinding Kuning’.

“Apabila anda masuk ke dalam padang di hadapan stadium ini dan membuat sesi memanas badan, anda bertanggun­gjawab untuk memberikan segala-galanya dan menunjukka­n yang terbaik,” kata Terzic pada sidang media sehari sebelum perlawanan.

“Ia unik. Tempat duduk biasanya habis terjual dan ia membantu kami banyak kali sejak beberapa tahun.

“Sebelum kami mendapatka­n pemain baharu, kami bercakap dengan mereka dan cuba menunjukka­n apa maknanya bermain untuk Borussia Dortmund dalam stadium ini.

“Kami memerlukan satu keputusan yang baik menentang Atletico dan kami pasti penyokong kami mahu ia berlaku dan mencipta satu suasana yang baik. Jadi kami mahu membalas kepercayaa­n mereka.”

Juara Eropah pada 1997 itu mengintai peluang mara ke peringkat separuh akhir untuk kali pertama sejak 2013 apabila Jurgen Klopp menjadi jurulatih sebelum tewas kepada kelab senegara, Bayern Munich 1-2 di final.

Bagaimanap­un, mereka menjadikan ia satu kebiasaan untuk hilang rentak dalam perlawanan penting di tempat sendiri sejak beberapa tahun yang lalu.

Memerlukan kemenangan ke atas kelab tercorot Mainz untuk menjamin kejuaraan Bundesliga pada perlawanan terakhir musim lepas, Dortmund hanya mampu seri 2-2 di tempat sendiri, sekali gus menghadiah­kan kejuaraan Bundesliga Jerman kepada Bayern Munich.

Awal bulan ini, mereka mengadakan sambutan ulang tahun ke-50 stadium, tetapi tewas 0-1 kepada Stuttgart.

Pemain tengah Dortmund, Julian Brandt, menolak cadangan di mana stadium bola sepak terbesar di Jerman itu juga mungkin menakutkan pasukannya sendiri.

“Jika saya boleh memilih, saya sentiasa memilih suasana menentang Stuttgart atau Mainz. Anda tidak dapat merungut tentang suasana di Dortmund,” katanya.

“Ia sangat unik. Sebagai pemain, anda tidak perlu risau tentang sokongan daripada penyokong.”

Pemain tengah Atletico, Axel Witsel, yang menghabisk­an empat tahun di Dortmund sebelum berpindah ke Atletico pada 2022, berkata dia memberitah­u rakan sepasukann­ya untuk menjangkak­an suasana yang sama seperti di Stadium Metropolit­ano di Madrid.

“Ia sama seperti stadium kami. Suasana sangat tegang seperti di gelanggang sendiri. Kami tahu ia bukannya mudah.”

Witsel berkata Atletico perlu “menyamai kesungguha­n dalam perlawanan pertama jika mahu berjaya”.

“Lima belas minit pertama pastinya sangat penting.”

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia