Utusan Borneo (Sarawak)

PSG cukup kuat untuk bangkit: Enrique

Pada pertemuan menentang Barca, melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara

- ENRIQUE

BARCELONA: Jurulatih kelab Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique pada Isnin berkata pemainnya cukup kuat untuk bangkit dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona dan melangkah ke peringkat separuh akhir.

Barcelona, juara La Liga Sepanyol menang 3-2 pada perlawanan pertama di Paris minggu lepas, menyebabka­n PSG memerlukan satu kemenangan di Stadium Olimpik pada perlawanan kedua.

“PSG tidak pernah bangkit untuk menang selepas tewas perlawanan pertama, tetapi esok adalah harinya,” kata Luis Enrique dalam satu sidang media sehari sebelum perlawanan.

“Selepas satu kekalahan dan dalam perlawanan yang sangat penting, hari selepas perlawanan itu adalah sukar.

“Ia sukar untuk mengembali­kan kedudukan mental anda tetapi apa yang bagus tentang bola sepak ialah anda mempunyai satu lagi perlawanan menentang lawan yang sama.

“Kami pasti dengan apa yang mahu kami lakukan dan saya fikir kami tiba pada saat yang hebat.” Barcelona, yang

dibimbing Luis Enrique ketika itu, membelasah PSG 6-1 pada 2017 dalam perlawanan pusingan kedua untuk bangkit dari kekalahan 0-4 pada perlawanan pertama. Penyerang bintang PSG, Kylian Mbappe, bergelut menghasilk­an impak ketika menentang Barca pada perlawanan pertama dan Luis Enrique dikritik kerana cara dia menangani isu kapten skuad kebangsaan Perancis itu. Bagaimanap­un, jurulatih dari Sepanyol itu berkata semua orang dalam skuad

PSG tidak pernah bangkit untuk menang selepas tewas perlawanan pertama, tetapi esok adalah harinya.

Luis Enrique Jurulatih kelab Paris Saint-Germain (PSG)

mempunyai sasaran yang sama ketika kelab terus mengimpika­n kejuaraan sulung di Eropah.

“Kami mempunyai kumpulan pemain yang sangat bersatu, di mana tiada sebarang ego,” kata Luis Enrique.

“Saya gembira dengan apa yang dilakukan pemain dalam padang, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pemain dalam skuad saya.”

PSG akan dapat menurunkan Achraf Hakimi, yang digantung pada perlawanan pertama.

“Kami mahu melupakan apa yang berlaku dan datang ke sini untuk menang,” kata Hakimi, pemain pertahanan antarabang­sa Maghribi.

“Esok adalah masa untuk pemain penting memberikan segala-galanya untuk menang.” —AFP

 ?? ??
 ?? — Gambar AFP ?? TINGKATKAN STAMINA: Mbappe (tengah) bersama rakan sepasukan berlatih menjelang perlawanan suku akhir menentang Barcelona di Estadi Olimpic Lluis Companys di Barcelona, kelmarin.
— Gambar AFP TINGKATKAN STAMINA: Mbappe (tengah) bersama rakan sepasukan berlatih menjelang perlawanan suku akhir menentang Barcelona di Estadi Olimpic Lluis Companys di Barcelona, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia