Utusan Borneo (Sarawak)

EPL: Everton rayu penguranga­n denda, proses ‘segera’ akan dilakukan

-

Liga Perdana Inggeris semalam berkata bahawa satu proses ‘segera’ akan dilakukan selepas Everton merayu denda potong dua mata dikenakan ke atas kelab kerana melanggar peraturan kewangan.

Everton mengaku bersalah melanggar peraturan kelestaria­n dan keuntungan (PSR) apabila merekodkan kerugian 16.6 juta pound untuk satu tempoh berakhir dalam musim 2022/2023.

Denda potong dua mata itu adalah susulan dari potongan enam mata untuk kesalahan dalam tempoh tiga tahun sehingga musim 2021/2022, yang dikurangka­n dari 10 mata selepas rayuan.

Peraturan PSR membenarka­n kelab mengalami kerugian keseluruha­n sebanyak 105 juta pound dalam tempoh tiga tahun.

Everton, yang sudah beraksi dalam liga elit (divisyen satu dan Liga Perdana) sejak musim 1954/1955, berada di tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris, dua mata di atas zon penyingkir­an dengan baki tujuh perlawanan selepas kehilangan lapan mata keseluruha­n akibat denda.

Mereka juga tewas 0-6 kepada Chelsea di Stamford Bridge dalam perlawanan semalam.

Nottingham Forest, yang berada di atas zon penyingkir­an dan kurang satu mata di belakang Everton, membuat rayuan denda potong empat mata mereka bulan lepas.

Ada kebimbanga­n di mana sebarang rayuan mungkin tidak akan diselesaik­an selepas hari terakhir musim Liga Perdana pada 19 Mei.

“Satu lembaga rayuan telah dilantik untuk mendengar kes selepas kelab membuat rayuan kepada pengerusi panel kehakiman hari ini (Isnin),” kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.

“Kes akan didengar dengan secepat mungkin, mengikut peraturan biasa Liga.

“Untuk penjelasan dan kepastian bagi semua kelab dan penyokong, Liga Perdana akan cuba untuk menyelesai­kan kes rayuan dengan keputusan diketahui sebelum 19 Mei, hari terakhir musim ini.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia