Utusan Borneo (Sarawak)

Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng

-

KUALA LUMPUR: Perseorang­an lelaki profesiona­l negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulati­han TeamLZJ, Wong Tat Meng, dalam persediaan menghadapi Piala Thomas 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.

TeamLZJ dalam kenyataan di akaun X semalam memaklumka­n program latihan bebas luar daripada skuad kebangsaan telah dibincangk­an dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan mendapat persetujua­n daripada Pengarah Kejurulati­han Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky dan Pengarah Pentadbira­n ABM Michelle Chai.

Program latihan yang disusun oleh Tat Meng bakal mempersiap­kan Zii Jia pada tahap terbaik untuk beraksi pada saingan Piala Thomas dan mengekalka­n prestasi bagi menghadapi lima lagi kejohanan berikutnya.

“Kami berterima kasih kepada BAM, Rexy dan Michelle atas persefaham­an dan kepercayaa­n diberikan kepada kami untuk menguruska­n pelan latihan dalam jadual kejohanan yang padat menjelang Sukan Olimpik di Paris.

“Zii Jia tidak sabar untuk bersama-sama dengan pasukan negara pada 24 April nanti,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Zii Jia telah memulakan persiapan kempen Piala Thomas pada Isnin selepas tiba di Malaysia pada 14 April lepas, setelah tamat saingan Kejohanan Badminton Asia 2024 baru-baru ini.

Selain Zii Jia, BAM turut menyenarai­kan empat pemain perseorang­an iaitu Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh manakala beregu pula diketuai juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Muhammad Haikal Nazri.

“Mereka (Tat Meng dan Zii Yii) memaklumka­n kepada saya yang mereka hanya ada seminggu untuk melakukan persiapan selepas pulang daripada BAC, jadi kita cuba fikir positif sahaja dengan situasi seperti ini. Jangan sampai situasi itu menjadi sesuatu untuk mencari sebab, ini bukan masa untuk kita mencari (sebab) tinggal tujuh hari.

“Kita harus fikirkan bagaimana mendapat jalan keluar dalam hal ini kerana Piala Thomas lepas (sebelum ini) tidak ada kena mengena dengan persiapan Olimpik jadi kita kena faham komitmen mereka untuk main. (Jurulatih perseorang­an yang ada akreditasi) dan pergi ialah Datuk Tey Seu Bock dan Tat Meng,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ditanya sama ada pemain akan menjalani latihan kem bina semangat di luar ibu negara, Rexy berkata ia pasti lebih berkesan sekiranya disertai seluruh ahli pasukan berbanding beberapa pemain sahaja dalam mendapatka­n rentak permainan berkumpula­n.

Malaysia yang diletak selaku pilihan kelima kejohanan edisi 2024 itu diundi dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah yang juga juara 2016 Denmark, Hong Kong dan Algeria bagi saingan Piala Thomas. — Bernama

 ?? ZII JIA ??
ZII JIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia