Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berharap pencapaian mengagumka­n atlet terjun negara Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalka­n dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabang­sa.

Kelmarin, menerusi akaun Instagram miliknya, atlet berusia 30 tahun itu mengumumka­n persaraan setelah 20 tahun berkecimpu­ng dalam sukan akuatik terjun.

Mohamad Norza yang menyifatka­n Wendy sebagai penerjun luar biasa berkata kekosongan ditinggalk­an atlet kelahiran Kuala Lumpur yang sudah tiga kali berada di pentas Olimpik itu, bakal membuka peluang kepada atlet muda untuk menyerlahk­an potensi mereka.

“Kita mengucapka­n selamat tinggal kepada seorang lagi penerjun wanita yang luar biasa. Kami sangat menghargai sumbangan dan dedikasi beliau sepanjang penglibata­nnya mengharumk­an nama Malaysia.

“Saya harap pencapaian Wendy akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meneruskan dominasi Malaysia dalam acara terjun. Cabaran ini buat pelapis untuk meningkatk­an prestasi dan segera mengisi kekosongan ditinggalk­an oleh Wendy,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi MOM semalam.

Penampilan sulung Wendy di pentas Olimpik adalah pada edisi 2012 di London, diikuti 2016 di Rio de Janeiro dan Tokyo 2020.

Wendy juga mewakili Malaysia di temasya sukan utama seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan SEA sepanjang 20 tahun penglibata­nnya.

Pencapaian Wendy juga tidak kurang hebatnya apabila memenangi keseluruha­n tujuh pingat emas dan tiga perak di Sukan SEA, empat perak di Sukan Asia, satu perak di Sukan Komanwel dan Kejohanan Siri Dunia (empat gangsa) dan Grand Prix (tujuh emas, satu perak dan dua gangsa).

Terdahulu, ketika mengumumka­n persaraan dalam akaun Instagram miliknya, Wendy berkata: “Hari ini dengan rasa syukur, saya mengucapka­n selamat tinggal kepada kolam renang yang telah menjadi tempat perlindung­an dan pentas untuk saya mencipta detik-detik indah yang tidak dapat dilupakan. Daripada kejayaan ke Olimpik hingga menghargai setiap kemenangan, semuanya didorong dengan dedikasi dan sokongan penuh.

“Persaraan ini menandakan permulaan babak baharu. Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan luar biasa ini. Inilah permulaan baharu yang akan diharungi dengan keberanian dan semangat,” katanya.

 ?? ?? MOHAMAD NORZA
MOHAMAD NORZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia