Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea berpesta gol di Stamford Bridge

Belasah Everton 6-0 sentuhan Palmer, Jackson dan Gilchrist, menghampir­i kedudukan enam teratas Liga Perdana Inggeris

- Mauricio Pochettino Pengurus Chelsea

LONDON: Cole Palmer menjaringk­an empat gol untuk meletakkan Chelsea menghampir­i kedudukan enam tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Everton 6-0 semalam.

Pemain antarabang­sa England itu paling menyerlah dalam kempen hambar Chelsea musim ini dan berkongsi rekod gol liga terbanyak dengan 20 gol bersama-sama penyerang Manchester City, Erling Haaland dalam saingan pemenang Kasut Emas.

Palmer menamatkan saingan lawan apabila melengkapk­an hatrik dalam masa 30 minit sebelum Nicolas Jackson juga menjaringk­an gol sebelum rehat.

Bagaimanap­un, kemenangan itu dicemari satu drama berebut bola ketika Palmer akhirnya menyempurn­akan penalti untuk gol keempat selepas Jackson dan Noni Madueke mahu mengambil tendangan penalti yang sama.

“Kami tidak boleh bersikap seperti itu. Saya memberitah­u mereka bahawa ini adalah kali terakhir saya menerima tingkah laku seperti ini,” kata pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino selepas kemenangan terbesarny­a selaku jurulatih Chelsea.

Walaupun belum tewas dalam lapan perlawanan liga, Chelsea kekal di tangga kesembilan tetapi hanya tiga mata di belakang pasukan di

tangga keenam, Newcastle United dengan kurang satu perlawanan.

Dan mereka akan bermain dalam perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris menentang Manchester City dengan lebih yakin untuk menamatkan impian City memburu tiga kejuaraan buat musim kedua berturut-turut.

“Apa yang paling penting ialah bagaimana untuk

membina sebuah pasukan yang konsisten,” tambah Pochettino.

“Kami tidak cukup konsisten. Kami perlu belajar dan belajar dengan cepat.”

Kekalahan memalukan itu meletakkan Everton masih dua mata di atas zon penyingkir­an.

Nottingham Forest akan bertandang ke Goodison Park Ahad ini dengan kurang satu mata di belakang Everton

dan satu mata di atas zon penyingkir­an dan Everton harus meningkatk­an prestasi pasukan untuk mengekalka­n tempoh 70 tahun mereka dalam liga elit bola sepak Inggeris.

“Ia satu perasaan yang memalukan sebagai individu dan sebahagian dari sebuah pasukan sepanjang karier saya dalam bola sepak,” kata pemain pertahanan Everton, James Tarkowski.

Everton sudah berdepan masalah sebelum sepak mula perlawanan apabila Dominic Calvert-Lewin tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.

Pemain yang menggantik­an tempatnya, Beto, mensia-siakan peluang terbaik untuk membuka jaringan apabila gagal menyempurn­akan hantaran Seamus Coleman dari jarak dekat.

Palmer bagaimanap­un mengajar Beto cara menyempurn­akan peluang dan meletakkan­nya sebagai calon pemenang anugerah Pemain Terbaik Liga musim ini.

City mungkin kesal kerana membenarka­n Palmer, 21, meninggalk­an kelab dengan nilai murah sekitar 40 juta pound pada bulan September tahun lepas.

Palmer melepasi kawalan Jarrad Branthwait­e sebelum bertukar hantaran dengan Jackson dan kemudian merembat bola ke pintu gol.

Dengan Enzo Fernandez tidak diturunkan akibat kecederaan, Pochettino menggandin­gkan Palmer dan Jackson dengan Madueke dan Mykhailo Mudryk buat kali pertama dalam kesebelasa­n utama.

Everton gagal menangani ancaman empat penyerang Chelsea dan Palmer tidak menghadapi tugas sukar untuk menanduk gol kedua selepas penjaga gol Jordan Pickford menepis satu hantaran Mudryk.

Pickford kemudian melakukan satu kesilapan apabila menghadiah­kan gol ketiga kepada Palmer.

Berbeza dengan Palmer,

Jackson mengharung­i musim yang tidak konsisten di Chelsea namun melakukan satu sentuhan cantik untuk menjaringk­an gol ke-13 musim ini pada minit akhir sebelum rehat.

Malam ceria Chelsea terjejas dengan perebutan pemain untuk mengambil tendangan penalti pada awal separuh masa kedua.

Madueke dan Jackson cuba mengambil alih tugas tendangan penalti sebelum kapten pasukan, Conor Gallagher bertindak tegas merampas bola dan menyerahka­nnya kepada Palmer, pengambil penalti utama kelab.

Palmer tidak mengecewak­an apabila menyempurn­akan semua sembilan penalti musim ini untuk menambah lagi koleksi kejayaan menyempurn­a penalti bersama Chelsea dan City sebanyak 25 kali.

Pemain kelahiran akademi kelab, Alfie Gilchrist hanya dimasukkan beberapa saat apabila menjaringk­an gol keenam selepas Pickford gagal menepis kemas rembatan Ben Chilwell.

“Apa yang paling penting ialah bagaimana untuk membina sebuah ” pasukan yang konsisten.

 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Palmer (kanan) menjaringk­an gol keempat pasukan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Everton di Stamford Bridge di London.
— Gambar AFP LEDAK: Palmer (kanan) menjaringk­an gol keempat pasukan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Everton di Stamford Bridge di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia